TAHUN 2008 sangat bersejarah buat dua tokoh penting Amerika Syarikat (AS) - bakal Presiden, Barrack Obama dan Presiden George W. Bush, yang akan meninggalkan White House menjelang 20 Januari ini.
Jika Obama mencipta sejarah sebagai Presiden kulit hitam pertama AS dalam tempoh 232 tahun pembentukan negara itu, Bush juga mencipta sejarah tersendiri sebagai Presiden AS pertama dihina sebegitu rupa sejak negara itu mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 4 Julai, 1776.
Kedua-dua tokoh ini menempa sejarah dengan cara berbeza. Obama mencipta sejarah gemilang sehingga dipilih sebagai tokoh paling berpengaruh dan berkuasa pada tahun ini oleh majalah Times dan Newsweek, sementara Bush pula mencipta sejarah hitam dalam kerjaya politiknya.
Jika Obama melalui saat-saat manis dan menerima sanjungan menanti ketibaan tanggal 20 Januari 2009 untuk 'ditabalkan' sebagai Presiden AS ke-44, Bush pula menunggu kedatangan tarikh itu dengan 'air mata' dan penghinaan.
Insiden Bush dibaling kasut oleh wartawan stesen televisyen Iraq ketika Presiden AS itu melakukan lawatan perpisahan ke Iraq menggemparkan seluruh dunia, menjelang 2008 melabuhkan tirainya tidak sampai 10 hari lagi.
Bush memang seorang 'wira' kerana mampu mengelak kasut yang dibaling oleh wartawan Muntadar Al-Zeidi, bukan sekali, bahkan dua kali, tetapi Bush tidak mampu menghalang insiden itu daripada menjatuhkan maruahnya sebagai seorang Presiden bagi sebuah negara kuasa besar dunia. Kejadian itu telah menjejaskan rekod cemerlangnya sebagai seorang 'wira' dalam kempennya memerangi keganasan.
Kempen tersebut bukan sahaja telah menyebabkan dua kerajaan berdaulat tumbang - Afghanistan dan Iraq, tetapi juga menjadi episod yang menakutkan bagi penduduk dunia.,
Berjuta-juta penduduk Iraq dan Afghanistan hidup melarat dan menderita akibat perang yang dilancar oleh Bush. Berpuluh-puluh ribu wanita menjadi balu, beribu-ribu kanak-kanak menjadi yatim, beratus-ratus individu menjadi tawanan di Guantanamo akibat kegilaan Bush ingin menjatuhkan Saddam Hussein dan memburu Osama bin Ladin.
Kini gelaran 'wira' yang dimiliki oleh Bush telah beralih kepada Muntadar yang dilihat sebagai 'hero' baru, bukan sahaja bagi penduduk Iraq dan mereka yang menjadi mangsa keganasan Bush, tetapi juga oleh seluruh dunia.
Penduduk dunia, terutama dunia Arab melihat Muntadar sebagai 'hero' mereka kerana aksinya itu telah berjaya membela penindasan, kezaliman dan penghinaan yang telah dilakukan oleh Bush sepanjang tempoh pentadbirannya.
Peristiwa baling kasut itu merupakan insiden kemuncak sebelum 2008 menutup tirai dan juga kemuncak kegagalan Bush dalam tempoh pentadbirannya selama lapan tahun.
Muntadar benar-benar telah mengajar Bush, sehingga penghinaan sebegitu rupa tidak mampu ditebus oleh Bush kerana episod pentadbirannya sudah sampai ke penghujungnya.

Fakta itu dijadikan alasan penolakan pihak tertentu untukpercaya kepada hakikat bahawa dua insan inimampu berkongsi hidup.Kepercayaan itu dihujahkan oleh fakta wujudnya kontradiksidari segi budaya hidup atau 'world view' yang memungkinkansegala-galanya menjadi sukar.Daripada sebesar-besar dan sejelas-jelas perkara kepadasekecil-kecil dan sesulit-sulit perkara, mereka membuat perbandingan.Ini termasuk dalam persoalan yang dilemparkan oleh pihak tertentutentang bagaimana Mohd Nor 'menerima layanan' Wooksebagai isteri di tempat tidur dan apakahwujud 'kepuasan' dalam hal tersebut.Atas sebab itulah, Mohd Nor dikatakan tidak mampu bertahan lama.Dengan kepercayaan kononnya Wook tentu melihat bakihidupnya secara sempit, tentunya Mohd Nor tidak akanterus sanggup untuk berbakti kepada wanita itu.Dalam pertemuan eksklusif dengan Kosmo! di rumahnyabaru-baru ini, lelaki berjiwa besar itu bagaimanapun tidakcepat melatah dengan pandangan negatif dan liar ke atas mereka.Beliau yang berasal dari pedalaman Tanah Merah, Kelantandan berkelana di situ sejak empat tahun lalu mengakuisudah 'masak' dengan situasi demikian.Pernah katanya, mereka dikatakan sudah bercerai baru-baru ini.Malah tersebar desas-desus kononnya mereka tidak lagi tinggalserumah hampir setengah tahun lalu.Beliau yang menafikan semua tohmahan dan khabar angin itumengakui hakikat bahawa peritnya menghadapi kehidupanjika seseorang itu bertindak di luar kebiasaan."Memang semua ini luar biasa. Saya memilih semua ini.Apabila saya membuat sesuatu pilihan, saya tidak berundur lagi."Mungkin orang melihat saya tidak berpelajaran. Betul, saya tidakada sijil peperiksaan yang hebat, bersekolah pun tidak tinggi."Kalau itulah ukurannya, memang saya tidak ada hargadiri dalam masyarakat, tetapi jangan lupa bahawakehidupan juga satu penilaian kehidupan."Hari-hari yang kita lalui juga adalah salah satu daripadajenis persekolahan dan kadang kala di situlah kita mampubelajar dengan lebih bijaksana," katanya.Bertubuh sasa, mungkin kerana rutin hidupnya bekerjamengerah tenaga yang banyak, selain 'kebal' denganpelbagai jenis cuaca, Mohd Nor percaya apayang dilakukan ini adalah betul.Katanya, sepanjang tiga tahun beristerikan Wook, dia mampumengecapi nikmat hidup sama ada dari aspek jasmani mahupun rohani.
Jelasnya, Wook yang sudah pun berpengalaman mendirikanrumah tangga sebanyak 21 kali sebelum berkahwin dengannyaternyata tidak mengecewakannya.Menurutnya, Wook mempunyai keistimewaan daripadakedua-dua aspek itu, malah pintar dan 'perkasa'menjaga tanggungjawab 'di tempat tidur'.Lelaki budiman ini mendakwa, Wook meneruskan amalannyaiaitu mengurut tubuh sendiri setiap awal pagi dan selepassolat Isyak untuk memastikan dirinya terus sihat.Katanya, isterinya juga sering mengingatkannya agar turutmengurut tubuh sendiri dan mengamalkanpetua tertentu dalam kehidupan."Isteri saya pantang minum minuman sejuk, sebaliknya sukaminum air masak atau Milo O panas atau teh O suamwalaupun pada waktu cuaca terik."Dia tidak suka makan nasi berlaukkan gulai yang menggunakansantan dan sekarang semua itu, saya pula amalkannya," katanya.Sementara itu, Wook yang pada asalnya mendiamkan diritetapi lama kelamaan menjadi peramah mengakui diasudah 'masak' dengan asam garam kehidupan.Katanya, pandangan serong dan cakap-cakap yang tidakenak didengar sudah pun dihadapinya sejak puluhan tahunlalu bersama suami terdahulu."Kalau semua cakap orang tak enak, kita ambil pusing,tak boleh buat kerja kita jadinya. Hari ini berbalah denganorang itu, esok pula dengan orang ini."Sampai bila kita nak terus buang masa?," katanya yang masihmempunyai pendengaran yang jelas serta pertuturan yang baik.Walaupun sudah lanjut usia, beliau berkebolehan menggunakanlaras bahasa komunikasi terkini dan tidak terikatdengan dialek atau bahasa daerah.Wook yang memiliki fizikal kecil molek dan berkulit cerahturut gemar berpakaian kemas serta pandaimencetuskan suasana kecindan (kelakar).
Menceritakan rahsia urut tubuhnya, wanita umpama'primadona desa generasi lama' itu berkata, semua itudiwarisi daripada keturunannya.Beliau berkata, amalannya tidak menyalahi ajaran agama.Menceritakan permulaan peristiwa hingga membawakepada berputiknya 'cinta luar biasa' mereka, Wookberkata, Mohd Nor menyewa rumah kecilnya empat tahun yang lalu."Masa itu, dia datang dengan kawan, cari rumah sewa.Dia kerja buat rumah batu dan bangunan,kira ambil upah jadi buruh kasarlah."Kebetulannya, saya ada dua buah rumah, satu yangbesar tetapi dah buruk sikit, satu lagi yang kecil tapiagak baru jugalah. Dia duduk seorang."Saya perhatikan Mohd Nor pemuda yang baik,rajin dan hormat orang tua. Saya ambil dia jadi anak angkat.Lepas tu, dia selalu datang tolong saya."Kerana kami bukan muhrim, saya takut timbul fitnah,maka saya panggil Mohd Nor, cadang untuk kahwin dengannya.Dia minta sikit masa. Saya setuju."Tak sampai sebulan, dia kata dia setuju. Kami pun kahwin,tapi buat majlis ringkas. Mak dan ayah Mohd Nor baik dan hormat saya."Mereka pun datang pada hari kami kahwin.Tak timbul soal keluarga tak setuju.Kalau ada yang cakap juga, itu jelas fitnah," katanya.Dari sisi yang lain pula, Wook memperlihatkan sikapnyayang rasional menghadapi kemungkinan hidup bersuamikanMohd Nor yang jauh lebih muda.Beliau berterus-terang dengan berkata bahawa hatinyadapat menghidu bahawa ada wanita lain meminati suaminya,namun itu tidak menjejaskan rumah tangganya.Yang menariknya, Wook menyatakan kesediaannya bermadujika suaminya mahu berkahwin lain, malah sanggupmeminang wanita tersebut.Katanya, dia sedia berusaha mengumpul wang hantaranperkahwinan itu nanti, namun meminta perkara itutidak dirahsiakan daripadanya."Jangan buat macam pasangan muda. Kahwin sekejap, cerai.Ada masalah sikit, cerai. Jumpa orang lain, cerai. Itu tak baik.Saya tak nak macam itu."Kalau boleh, saya nak masyarakat kita menghargaiikatan suami isteri. Hubungan ini amanah Allah.Jangan khianat, berdosa nanti," katanya.