Monday, August 24, 2009

Lidah keras?

Oleh Suliati Asri

suliati@hmetro.com.my
KADANGKALA kita tidak faham, apa susah sangat belajar dan menguasai bahasa Inggeris sama ada dalam pertuturan atau penulisan?Pelajar sekolah sering mengeluh apabila mengikuti kelas bahasa Inggeris, seolah-olah ada 'hantu' yang menghalang mereka untuk memberi fokus terhadap pembelajaran berkenaan.
Di rumah, subjek bahasa Inggeris tidak dipedulikan. Ibu bapa pula tidak ambil tahu sama ada anak mereka belajar bahasa antarabangsa itu atau tidak.Hasilnya, keputusan bahasa Inggeris di kalangan pelajar Melayu merudum. Apabila memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) keadaan bertambah lebih teruk.Penguasaan bahasa Inggeris mereka 'hancus' padahal kebanyakan buku rujukan di IPT adalah dalam bahasa Inggeris.Ketika pelajar bangsa lain sibuk menguasai bahasa Inggeris, pelajar Melayu seperti berpuas hati dengan apa yang ada.Akibat kealpaan itu, apabila keluar dari IPT, mereka sukar mendapat kerja kerana tidak mahir berbahasa Inggeris. Dalam proses temuduga, pertuturan bahasa Inggeris anak Melayu tergagap-gagap seperti baru belajar bercakap.Apakah pelajar Melayu masih dalam kepompong yang sama, malu untuk bertutur bahasa Inggeris atau menganggap bahasa itu tidak penting?Jika alasan bahasa itu susah, mengapa pelajar Cina dan India boleh menguasainya dengan baik? Tidak guna kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk meningkat penguasaan pelajar Melayu dalam bahasa Inggeris jika mereka sendiri tidak sedar kepentingan bahasa itu. Ia ibarat mencurah air di daun keladi.Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Datin Paduka Dr Aini Ideris, berkata tidak semua pelajar Melayu sukar menguasai bahasa Inggeris berbanding pelajar bukan Melayu.Beliau berkata, ada juga pelajar bukan Melayu gagal menguasai bahasa Inggeris, namun ia tidak ketara kerana bilangan pelajar Melayu lebih ramai."Saya tidak bersetuju dakwaan pelajar Melayu sukar menguasai bahasa Inggeris berbanding pelajar bukan Melayu."Dari segi akademik dan keputusan peperiksaan bahasa Inggeris, mereka cemerlang dan keputusan mereka baik," katanya.Jika pelajar luar bandar dijadikan ukuran untuk melabelkan pelajar Melayu sukar untuk menguasai bahasa Inggeris, itu tidak adil."Sebagai pelajar luar bandar, kelengkapan pembelajaran mereka terutama bahasa Inggeris adalah terhad dan tidak secanggih pelajar di bandar."Selain itu, pergaulan serta persekitaran mereka juga sangat berbeza dengan pelajar di bandar," katanya.Dalam usaha menggalakkan pelajar menguasai bahasa Inggeris, Dr Aini berkata, isu siapa lebih menguasai bahasa Inggeris jangan digembar-gemburkan."Jangan ungkit isu perbezaan sebaliknya beri pendedahan dan cara yang betul untuk melaksanakan kaedah itu."Dengan pendedahan yang betul menggunakan peralatan yang lengkap dan tenaga pengajar yang menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran, ia membantu pelajar menguasai bahasa berkenaan," katanya.Mengimbau sistem lama di sesetengah sekolah yang mendenda pelajar yang gagal bertutur bahasa Inggeris, Dr Aini berkata, cara itu mungkin boleh diamalkan semula."Pihak sekolah perlu kreatif dan berusaha untuk membantu serta menyediakan bahan yang sesuai dan lengkap."Pihak sekolah juga perlu menyediakan pelbagai bahan bacaan yang menarik dan terkini bagi menanam minat mereka untuk membaca buku bahasa Inggeris," katanya.Di samping itu, penggunaan teknologi seperti televisyen dalam pembelajaran dapat membantu kerana ia lebih berkesan untuk menarik minat pelajar menguasai bahasa Inggeris."Apa yang paling penting, guru perlu menguasai bahasa itu serta menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya ketika mengajar. Ada sesetengah guru bahasa Inggeris mengajar menggunakan dwibahasa."Keadaan itu menyebabkan pelajar tidak punya inisiatif memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris mereka," katanya.Beliau setuju jika guru yang mengajar subjek itu dibawa dari luar negara."Ini boleh meningkatkan semangat pelajar untuk menguasai bahasa Inggeris bagi memudahkan mereka memahami apa yang diajar guru terbabit," katanya.Sementara itu, guru bahasa Inggeris, Sapian Mamat, berkata pelajar Melayu sukar menguasai bahasa itu disebabkan latar belakang keluarga di samping cara pergaulan mereka.Menurutnya, jika ibu bapa menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi di rumah, masalah kegagalan menguasai bahasa berkenaan tidak timbul."Ibu bapa pelajar bukan Melayu, mereka berusaha bercakap bahasa Inggeris di rumah untuk membiasakan anak mereka dengan bahasa itu."Cara itu memberi pendedahan awal kepada anak terutama untuk bercakap menggunakan bahasa Inggeris walaupun tatabahasa yang digunakan tunggang terbalik."Pelajar juga mudah memahami ketika guru mengajar kerana perkataan yang digunakan pernah mereka gunakan di rumah," katanya.Bagi pelajar Melayu, menurut Sapian, hanya segelintir ibu bapa menggunakan bahasa Inggeris di rumah."Keadaan ini memberi kesukaran memahami dan bertutur bahasa Inggeris kerana mereka tidak dapat mempraktikkan apa yang dipelajari di sekolah ketika berada di rumah."Mereka boleh menerima dan mempelajari bahasa Inggeris, tetapi tidak dapat menguasai sepenuhnya kerana orang di sekeliling tidak bertutur bahasa itu," katanya.Satu lagi faktor menjadi punca pelajar Melayu sukar menguasai bahasa Inggeris kerana mereka tidak melihat kepentingan bahasa itu."Ketika dalam kelas, pelajar bertutur bahasa Melayu. Jadi, mereka tidak melihat kepentingan bahasa itu kerana jika lulus bahasa Inggeris pun sudah memadai."Ia berlainan dengan pelajar bukan Melayu yang didedahkan kepentingan bahasa Inggeris bukan saja untuk peperiksaan, tetapi berkomunikasi," katanya.Sementara itu, ibu kepada tiga anak, Siti Aminah Kassim, berkata pelajar Melayu sukar menguasai bahasa Inggeris kerana mereka malas berusaha dan menganggap bahasa itu tidak penting."Saban tahun, ada saja inisiatif baru yang dibuat kementerian pelajaran bagi membantu pelajar menguasai bahasa Inggeris."Jika mereka menggunakan peluang itu, mereka mudah menguasainya kerana kebolehan pelajar Melayu tidak bezanya berbanding pelajar bangsa lain."Tetapi, jika malas berusaha, yang mudah pun menjadi susah," katanya.

Sunday, August 23, 2009

Elak cinta bidan terjun

GAGAL dalam percintaan tidak bermakna gagal selama-lamanya. Namun, jauh di sudut hati, anda sering mempunyai keinginan dan harapan terlalu tinggi bahkan mengharap si dia yang baru akan melebihi bekas kekasih dalam pelbagai aspek.Kadangkala anda tewas dengan harapan kekasih baru itu mampu menandingi kekasih lama yang pernah menghancurkan hati dan seluruh hidup untuk hidup bersama.
Apapun kekurangan diri, seharusnya terima si dia seadanya tanpa sebarang perbandingan jika di penghujungnya anda tidak mahu kekecewaan berulang.Dalam mencipta perhubungan yang berpanjangan dengan kekasih baru, pelbagai perkara boleh dibaiki. Paling penting, perbaiki diri sendiri kerana kebanyakan hubungan yang baru dijalin gagal disebabkan kurang persefahaman, tidak memberi peluang selain kurang memupuk rasa cinta sebenar.Lebih malang apabila anda asyik menyebut nama kekasih lama sehingga ia membosankan orang baru itu. Kecil hati, terkilan, cemburu dan pelbagai perasaan mula bersarang di hati kekasih baru dengan mengandaikan pelbagai perkara sehingga boleh mengusutkan keadaan.Mahukah anda mengulangi kekecewaan sedangkan diri terus dipanjat usia kerana gagal mengawal perasaan sendiri?
  • Untuk itu, cuba teliti pelbagai sudut dalam diri anda jika tidak mahu pisang berbuah dua kali sekali gus menemui kejayaan dalam cinta kedua.
    Kekasih atau pasangan kini tidak sebaik dulu
  • Bekas kekasih tidak pernah tengok perempuan lain depan anda sedangkan teman lelaki kini suka buat perangai bukan-bukan. Dia juga tidak seromantik dulu. Dia juga suka ambil ringan perasaan anda, tidak pandai mengambil hati dan banyak lagi perkara yang buatkan anda merindui kekasih lama.
    Masih sayangkan kekasih lama
  • Perasaan sayang masih wujud terhadap kekasih lama. Perasaan itu sukar dibuang walaupun pada masa sama, anda menyayangi kekasih sekarang. Walaupun sayang pada kekasih dulu sudah berkurangan, rasa sayang itu membuatkan ada sering teringatkan dirinya.
    Cinta sekarang hanya bidan terjun
  • Selepas anda putus cinta dengan bekas kekasih dulu, ada pula lelaki yang menjadi tempat anda mencurahkan masalah dan perasaan. Dalam keadaan yang dilanda kesepian dan keseorangan, tentunya anda mahu mencari seseorang yang mampu mengisi kekosongan. Jadi, semakin lama perhubungan semakin rapat dan lama-kelamaan, lelaki itu mencurahkan perasaannya kepada anda. Tanpa berlengah, lalu anda menerimanya tanpa berfikir panjang kerana memikirkan si dia boleh mengisi dan mengubat hati yang lara. Justeru, cinta kini bagaikan bidan terjun, namun hakikatnya, anda masih tidak dapat melupakan perasaan terhadap kekasih pertama.
    Anda membenci lelaki
  • Tanpa sedar pengalaman pahit anda dulu membuatkan anda membenci dan tidak percayakan lelaki termasuk pasangan anda kini. Jika anda termasuk dalam golongan ini, anda perlukan bantuan!
    Anda sebenarnya sekarang ini tidak bercinta!
  • Anda rasa bersama pasangan anda kini satu perhubungan yang dinamakan cinta lalu anda berpasangan dengannya. Sedangkan hakikatnya, jauh di sudut hati anda tahu masih mencintai bekas kekasih lama. Anda juga mungkin sedar perasaan ini dan masih meneruskan perhubungan dengan kekasih kini dengan harapan perasaan cinta terhadap kekasih anda sekarang akan wujud.

Wednesday, August 19, 2009

Nafsu ammarah darjat paling hina



  • SETIAP orang mempunyai nafsu. Ia adalah kurniaan Allah yang bersifat fitrah sebagai pelengkap kepada unsur kemanusiaan di samping akal. Dengan nafsu kita dapat makan dan minum, melakukan itu dan ini memakmurkan bumi, malah beranak pinak. Sebab itu, jika manusia tiada nafsu untuk makan, ini menunjukkan petanda buruk.

  • Cuma yang berbeza ialah tingkatan nafsu pada diri seseorang. Sesetengah dapat mengawal nafsu, manakala yang lain terikut-ikut telunjuk hawa nafsu, malah kerap terbabas kerana gagal mengawal nafsu.Dalam Islam, nafsu terbahagi kepada beberapa tahap, iaitu nafsu ammarah, nafsu lawwamah, nafsu mulhimah, nafsu muthmainnah, radiah dan mardhiah.* Nafsu ammarah - Nama ini diambil daripada ayat al-Quran yang menceritakan mengenai pengakuan Zulaikha (Imratulaziz) atas kesalahan dan kesediaannya membuat pengakuan yang Yusuf bersih daripada sebarang keburukan dan kesalahan.Ia adalah nama bagi nafsu di tahap paling rendah.

  • Diri di tahap ini disifatkan al-Quran sebagai yang menyuruh kepada keburukan dan kejahatan. Jika melakukan kebaikan sekalipun hanya sebagai topeng untuk kejahatan. Maksudnya diri manusia dikuasai sepenuhnya oleh unsur kejahatan sehingga manusia menjadi hamba nafsu, bahkan menjadikan nafsu sebagai Tuhan yang ditaati.Manusia yang memiliki akhlak serendah ini nilai baik dan buruk tidak bermakna dan tidak penting. Cuma yang penting baginya ialah yang dapat memenuhi kehendak nafsunya saja.

  • Manusia yang sedemikian akan mendabik dada, kerana berbangga dengan kejahatan yang dilakukan. Diri dalam peringkat terendah inilah yang diistilahkan oleh ahli kerohanian Islam sebagai 'nafsu'.

  • Nafsu ammarah ini mengandungi sifat hina dan tercela, sifat kehaiwanan, syaitan dan bangga diri yang hanya layak bagi Tuhan, seperti sifat takbur, memperhambakan manusia, suka disanjung dan dipuja.Sifat yang nyata pada diri di tahap ini ialah sentiasa bergelora dengan seribu satu macam keinginan nafsu, sesuai dengan sifat semula jadi nafsu rendahnya seperti terburu nafsu, lalai, tamak dan jahil.

  • Malah untuk menunaikan keinginan yang sentiasa bergelora tanpa puas manusia akan menjadi alat dan hamba nafsu menyebabkan mereka dalam sentiasa dalam keadaan sengsara.Al-Quran mengumpamakan seperti seekor anjing yang termengah-mengah dan terjelir lidahnya kerana kepenatan. "Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu.

  • Tetapi ia cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing; jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah. "Dan jika engkau membiarkannya ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir." (Al-A'raaf: 176)Diri yang berada pada tahap ini sebenarnya menerima ujian.

  • Diuji dengan sifat rendah dan buruk. Tetapi manusia juga disediakan daya kemampuan untuk menentang, melawan, mengengkang dan mengawal daripada menurut nafsu rendahnya itu.Manusia diuji dengan sifat terbabit bukanlah diminta supaya menuruti keinginan nafsu yang tidak ada batas kepuasannya tetapi untuk menghalang, mendidik dan memandunya sehingga mengenali diri, tabiat dan kelemahannya.

  • Dengan itu akhirnya diri mengenali Tuhan dan mentaati petunjuk-Nya dalam usaha mengatasi kelemahan supaya mereka benar-benar menjadi hamba dan mengabdikan kepada Allah saja.Hanya dengan usaha terbabit nafsu di tahap ini akan dapat meningkat maju ke peringkat yang lebih tenang.

Poligami: Antara hukum, adat dan emosi

Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my
SEORANG ustaz membacakan kitab di masjid memberitahu jemaah, Islam mengharuskan poligami. Justeru, lelaki yang berkemampuan boleh berkahwin lebih daripada satu.Namun, di sebalik itu, media memaparkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama yang berkaitan dengan wanita membantah poligami.
Polemik antara hukum agama, adat dan emosi manusia nyata memberi kekeliruan kepada sebahagian umat Islam, apatah lagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan Islam.Apakah pantas hukum yang dibenarkan Allah boleh dicantas oleh mulut manusia hanya sekadar mahu membela atau menjaga hak asasi wanita?Apakah buruk sangat poligami sehingga wanita begitu 'jijik' dan meluat apabila ada golongan lelaki menyebut istilah itu?Keharusan poligami jelas terkandung dalam al-Quran tetapi segelintir umat Islam sukar menerimanya sehingga menganggap ia 'jerat kehidupan'.Islam satu-satunya agama di bumi yang membenarkan poligami secara bersistem manakala agama dan fahaman lain tidak, malah masyarakat bukan Islam melihatnya sebagai menindas golongan wanita.Tetapi, hairanlah apabila membabitkan aktiviti persundalan, menyimpan wanita dan gejala sosial, ia seperti satu restu.Poligami adalah perkataan Greek (http://en.wikipedia.org/wiki/Polygamy), merujuk kepada perkahwinan seorang lelaki dengan lebih seorang isteri dan dalam Islam, ia dibenarkan sehingga empat isteri dalam suatu masa."Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Quran, surah an-Nisa': Ayat 3)Pada zaman Jahiliyah, poligami berlaku tanpa batasan dan ketika itu lelaki mempunyai ramai isteri, malah ada yang mempunyai ratusan isteri. "Apabila Ghailan ats-Tsaqafi memeluk Islam, dia mempunyai 10 isteri. Maka Nabi s.a.w berkata kepadanya: Pilihlah dari isteri-isterimu itu empat orang saja dan ceraikanlah yang selebihnya itu." Riwayat ini dikeluarkan oleh Imam Syafie, Imam Ahmad, Tarmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Abu Syaibah, Daruqutni dan Baihaqi, seperti diterangkan dalam kitab Halal dan Haram Dalam Islam, karya Dr Yusuf al-Qardawi.Pihak yang membantah poligami perlu faham, ia hukum agama. Justeru, apabila berbicara atau memberi pendapat, mereka perlu berhati-hati.Walaupun Islam membenarkan poligami, bukanlah bermakna ia boleh diamalkan sesuka hati, sehingga mengakibatkan kezaliman di pihak wanita.Al-Qardawi dalam kitab terbabit menjelaskan, syarat yang ditetapkan Islam mengenai poligami ialah berlaku adil terhadap dua isterinya atau lebih dalam makan minum, pakaian, rumah, tempat tidur dan nafkahnya."Barangsiapa yang tidak yakin dirinya dapat menunaikan hak-hak itu, haramlah baginya berkahwin lebih dari seorang isteri," katanya. Menurut seorang ulama Amerika Utara, Syeikh Muhammad Nur Abdullah, poligami dibenarkan Islam dan bukannya untuk disalah guna."Ia hanya dibenarkan kepada sesiapa yang mampu melayani semua isterinya dengan adil dan saksama," katanya melalui laman Islamonline.Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Barangsiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu dia condong kepada yang satu dari yang lain, nanti dia datang di hari kiamat dengan menyeret sebelah lambungannya dalam keadaan senget atau berat sebelah." (Riwayat Ashabussunan, Ibnu Hibban dan Hakim)Condong sebelah yang diancam dalam hadis itu ialah disebabkan keremehan terhadap hak isteri-isteri, bukannya kerana kecenderungan hati kepada mereka kerana kecenderungan hati tidak dikategorikan dalam keadilan.Al-Qardawi berkata, di antara lelaki ada yang kuat keinginannya untuk mendapatkan keturunan tetapi dia dikurniakan seorang isteri yang tidak dapat melahirkan anak kerana penyakit atau mandul (tidak dapat melahirkan anak).Justeru, lebih baik si suami berkahwin lagi kepada seorang wanita yang bakal memberikannya zuriat supaya keturunannya kekal tetapi harus mengekalkan akad isteri pertama dan menjamin haknya."Ada pula lelaki yang kuat keinginan gharizahnya, bergejolak nafsu seksnya, akan tetapi dia dikurniai seorang isteri yang lemah nafsunya atau menghidap penyakit atau datang haid untuk tempoh yang panjang."Bagaimanapun, suaminya tidak sanggup menanggung nafsu untuk bersama isterinya, apakah tidak wajar dia berkahwin dengan seorang wanita yang halal baginya daripada dia meraba wanita yang jalang dan haram buatnya," katanya.Menurutnya, ada ketika bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki, seperti selepas perang dan dari itu timbul maslahat masyarakat dan wanita sendiri agar mereka lebih baik dimadukan daripada hidup tanpa kasih sayang suami.Penceramah bebas, Ahmad Shukri Yusof, berkata masyarakat Islam jangan menolak keharusan poligami menggunakan emosi kerana ia soal hukum."Soal hukum tidak perlu dibincangkan dan dipolemikkan apatah lagi membabitkan emosi."Kita harus membincangkan bagaimana untuk berlaku adil, bukannya hanya pandai mengatakan poligami itu tidak adil," katanya.Bagaimanapun, beliau berpendapat tidak perlu menubuhkan kelab untuk menggalakkan poligami.Amalan poligami adalah ubat bagi menangani masalah umat manusia. Oleh kerana kebaikan itu, Islam memutuskan ia suci."Dan siapa lagi yang hukumnya lebih baik daripada hukum Allah, bagi kaum yang menyakini." (Al-Quran, surah al-Maidah:50)Tetapi peraturan suci lagi baik inilah yang ditolak oleh Barat dan konconya, sehingga ia kelihatan janggal untuk bertapak di dalam masyarakat Islam sendiri, manakala norma yang bukan-bukan mendapat tempat pula.Poligami dilarang di sisi undang-undang di sesetengah negara Muslim yang tidak mengamalkan undang-undang Islam dalam peraturan perkahwinan, seperti Azerbaijan, Bosnia, Tunisia dan Turki (http://en.wikipedia.org/wiki/Polygamy).Menurut sumber itu, dalam dunia moden Islam, amalan poligami lazimnya diamalkan di negara yang mengamalkan ajaran Islam sejati seperti Arab Saudi, Timur dan Barat Afrika seperti di Sudan yang diberikan galakan oleh presiden kerana tingginya populasi wanita."Di antara 22 negara ahli Liga Arab, Tunisia melarang poligami. Bagaimanapun, ia tidak dipersetujui kebanyakan negara Arab yang menerima pengaruh barat dan sekular seperti Syria, Mesir, Morocco dan Lubnan."Menurut Ahli Majlis Fiqah Amerika Utara, Sheikh Muhamad al-Hanooti, realitinya susah untuk mendapati seorang daripada 10,000 Muslim yang berkahwin lebih daripada seorang isteri."Dalam masyarakat bukan Islam, lebih daripada 65 peratus lelaki yang berkahwin mempunyai hubungan dengan lebih dua, tiga dan empat wanita, bahkan 45 peratus wanitanya mengadakan hubungan di luar perkahwinan. "Mereka menerima perzinaan, tetapi tidak menerima alternatif untuk mengangkat martabat manusia melalui poligami."Di Malaysia, menurut portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dalam undang-undang keluarga Islam, poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Sunday, August 16, 2009

Malang yang berbau

Oleh HAMZAH ABDUL HAMID

Tiada siapa menyangka kejadian kebocoran gas di sebuah kilang memproses baja ikan di Tanjong Karang menjadi begitu dahsyat.

HADIRNYA tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Tidak berwarna dan mampu meruap. Identiti utamanya ialah bau yang cukup sengit, busuk dan memeningkan.
Lebih berbahaya, gas yang digunakan dalam mekanisme penyejukan ini boleh mengakibatkan insiden letupan jika berlaku kebocoran pada saluran sistem.
Dalam kejadian 11 Ogos lalu, enam orang telah mati akibat terhidu gas ammonia yang disyaki bocor daripada sistem pendingin kilang memproses baja ikan di Bagan Pasir, Tanjong Karang, Selangor.
Tragedi awal pagi itu mengorbankan dua pekerja Bangladesh, seorang pekerja tempatan, serta tiga penduduk kampung.
Niat tiga penduduk kampung itu untuk menyahut panggilan kod kecemasan akhirnya telah meragut nyawa sendiri.
Malah, lima lagi yang datang ke lokasi kejadian telah pengsan dan kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan.
Hakikatnya, mangsa-mangsa yang mahu menghulurkan bantuan atas dasar kemanusiaan ini tidak tahu bahawa ancaman boleh berlaku sedahsyat itu.
Mungkin ada yang membandingkan kekecohan kemalangan itu dengan tragedi pelepasan gas sarin dalam sistem kereta api bawah tanah oleh pengikut ajaran sesat, Aum Shinrikyo, di Jepun suatu masa dahulu.
Dalam kejadian di Bagan Pasir itu, pihak bomba yang tiba ke tempat kejadian menyembur air untuk melarutkan gas ammonia manakala Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya (Hazmat) dengan 13 anggota turut dipanggil.
“Perkara pertama yang dilakukan pihak kami adalah dengan menentukan bahan pencemaran. Kalau ia berkaitan ammonia, perlu diketahui juga sama ada pencemaran tersebut meruap ke udara atau tercemar dalam air,” ujar Penguasa Kanan 2 Hazmat, Zakaria Muhd.
Menurut beliau, ammonia yang meruap boleh dikesan kerana warnanya yang keputihan. Debu soda lazimnya digunakan untuk meneutralkan gas tersebut.
Air yang disemburkan juga perlu dilaras menjadi partikel air yang halus agar gas ammonia dalam udara dapat diperangkap dan dibersihkan.
“Antara faktor yang diambil kira dalam tindakan ini ialah anggaran kuantiti bahan pencemaran serta arah angin,” tambah beliau.
Gas berbahaya seperti ammonia mempunyai separuh ketumpatan udara. Sebab itulah ia hanya dapat dilarutkan dalam jumlah air yang banyak.
Menyerang sistem saraf
“Kita dapat mengesan simptom mereka yang keracunan. Antaranya adalah kegatalan dan kesakitan pada mata, mulut, telinga dan hidung. Kalau terkena kulit pun, seseorang boleh merasakan kesan kesakitannya,” terang Zakaria.
Antara simptom keracunan ammonia ialah batuk, sakit dada yang teruk dan kesesakan nafas. Ia juga menyebabkan gangguan pada sistem usus gastro hingga menyebabkan sakit perut dan muntah-muntah. Lebih teruk, ia menyerang sistem saraf lantas membuatkan seseorang lemah, pengsan dan berdepan dengan maut.

ADA yang menyamakan kebocoran gas ammonia di Tanjong Karang dengan pelepas gas sarin di stesen kereta api bawah tanah di Jepun.

Pakar kesihatan mengingatkan bahawa jika bahan kimia ini terkena pada kulit atau mata, hendaklah bahagian itu dibersihkan dengan air yang banyak sekurang-kurangnya selama 15 minit.
“Sekiranya berlaku di dalam kediaman, tindakan awal yang boleh dilakukan oleh ahli keluarga sebelum kedatangan pasukan keselamatan dan bantuan adalah dengan memindahkan mangsa ke kawasan lapang yang terhindar dari pencemaran gas ammonia. Keluarkan mereka dari ruang tersebut.
“Namun, bagi yang mahu membantu, pastikan bahawa mereka tidak menghidu gas tersebut terlalu banyak. Kain yang lembap boleh digunakan untuk menutup hidung dan mulut bagi menapis pernafasan,” ujar Zakaria.

Friday, August 14, 2009

Dilarang berenang kerana pakaian renang


CAROLE menunjukkan pakaian renang yang menyebabkan dia tidak dibenarkan berenang.

PARIS - Pihak berkuasa Perancis menyatakan seorang wanita Islam, Carole dilarang menggunakan sebuah kolam renang awam dekat sini kerana dia memakai baju renang yang menutup aurat.
Carole yang telah memeluk agama Islam membeli pakaian renang itu pada harga AS$66 (RM233) ketika bercuti di Dubai.
Datuk Bandar Emerainville, Alain Kelyor memberitahu, kelmarin wanita berusia 35 tahun itu memakai burquini iaitu baju renang yang menutup hampir keseluruhan tubuh wanita kecuali muka dan tapak tangan.
Beliau dan beberapa pegawai kerajaan menyatakan pakaian itu tidak bersih dan membahayakan perenang lain.
Wanita tersebut membuat laporan polis kerana menganggap larangan tersebut bersifat diskriminasi. - Agensi

Wednesday, August 12, 2009

Dulu hitam, kini berkulit putih


DE VLUGT kini memiliki kulit berwarna putih.
GAMBAR kecil menunjukkan De Vlugt ketika berumur tujuh tahun.

LONDON - Ramai tidak menyangka seorang wanita berkulit putih di sini, Darcel de Vlugt sebenarnya berasal daripada sebuah keluarga kulit hitam, lapor sebuah akhbar semalam.
Warna kulit gadis berusia 23 tahun itu beransur menjadi putih dan pucat ketika berusia lima tahun selepas dia didapati menghidap sejenis penyakit kulit yang jarang berlaku iaitu vitiligo.
Penyakit vitiligo itu menyebabkan sistem imunisasi menyerang sel pigmen yang membentuk warna kulit.
"Saya penat meyakinkan orang lain bahawa saya sebenarnya berketurunan kulit hitam," katanya.
"Ketika berusia 12 tahun, saya pernah menjalani rawatan tetapi gagal. Apabila saya meningkat remaja, 80 peratus tubuh saya bertukar menjadi warna cerah. Saya pasrah kerana tiada apa yang dapat saya lakukan," tambahnya.
Ditanya sama ada dia pernah terlintas untuk menjalani rawatan melunturkan kulit seperti pernah dilakukan oleh Raja Pop, Michael Jackson yang juga seorang penghidap vitiligo, de Vlugt menyatakan rawatan tersebut tidak perlu.

Sunday, August 9, 2009

Apabila kasih sudah beralih arah

Saya mula mengikuti kisah dalam DCCK ini sejak di sekolah menengah lagi, kini saya berusia 25 tahun. Saya membaca sekadar hobi, habis baca saya terus melupakan, kerana saya tak terfikir kejadian itu boleh berlaku dalam kehidupan keluarga saya.
''Bila saya membaca kisah Zukhene minggu lalu, terbuka pintu hati saya untuk berkongsi cerita, rupanya ada juga orang yang menghadapi masalah sama seperti ibu saya.
''Sebagai anak kedua saya masih tak boleh melupakan saat-saat kebahagian hidup emak dan ayah, mereka bagaikan loving couple. Dulu emak pernah bekerja, tapi berhenti sebab terpaksa ikut ayah posting setiap dua tahun, boleh dikatakan seluruh semenanjung kami dah jelajah. Emak tak pernah merungut walaupun penat.
''Emak juga pandai memasak, cakap aja apa nak makan besok lusa pasti tersedia. Kerana pandai masak emak mudah dapat kawan kerana meminati resipinya. Dan emak memang peramah, berbanding ayah agak sedikit pendiam.
''Emak juga pandai buat kek, pendek kata kalau hari lahir kami sekeluarga tak pernah beli kek, bila balik rumah semuanya sudah tersedia selain pelbagai jenis juadah yang enak-enak, semua emak buat sendiri. Begitu juga kalau ada ipar duai yang meminta buatkan kek, emak tak pernah lokek dia akan buat dan beri percuma.
''Semasa kami kecil rumah kami sering ada majlis hari jadi. Bukan untuk kami saja. Bahkan untuk meraikan adik beradik dan saudara ayah. Tak tahu macam mana emak tahu tarikh lahir mereka. Yang bestnya emak yang buat kek-kek itu.
''Begitulah kehidupan kami bertahun-tahun dalam kegembiraan, walaupun ada pergaduhan kecil antara kami adik beradik, itu perkara biasa, budak-bukan namanya. Tetapi malangnya sejak tiga tahun lepas keadaannya sudah berubah.
''Berpunca bila ayah mula tak balik rumah. Bila ibu dan kami tanya, ayah kata ada kerja. Saya melihat perubahan itu. Saya merasa curiga. Tapi kerana ayah tak pernah buat hal. lagipun sememangnya ayah kuat berkerja, kami percaya ayah. Namun saya merasakan ada sesuatu yang ayah sembunyikan.
''Emak sering tak tidur malam. Sayalah temankan mak, kasihan emak badannya semangkin susut dan cengkung. Saya hairan, emak tak marah-marah bila ayah balik lewat, dia macam biasa siapkan makan. Kalau ayah balik pagi emak buatkan sarapan. Lepas tu ayah mandi dan terus bersiap-siap pergi kerja. Emak tetap layan ayah dengan baik. Tak pernah masam muka. Ibu hantar ayah ke keretanya dan salam ayah.
''Begitulah keadaan ayah sejak kebelakangan ini, sering pulang jauh-jauh malam, kalau takat jam 2 pagi dah jadi perkara biasa, emak akan tunggu ayah, bukakan pintu dan tanya ayah kalau belum makan emak akan siapkan, tanpa banyak soal.
''Tetapi sepandai-pandai tupai melompat sesekali jatuh ke tanah juga, begitulah ayah, peristiwa saya terjumpa ayah memang memalukan, satu hari ketika saya ke supermarket dengan kawan, tiba-tiba saya terlihat ayah sedang sibuk membeli belah dengan seorang perempuan. Kawan saya pun nampak. Ya Allah malunya.
''Bila tiba di pejabat saya telefon emak bertanya ayah ke mana, dengan jujur emak kata ayah kerja luar daerah, sehari dua baru balik, ada kerja katanya. Ya Allah jujurnya emak, tak terlintas pun di hatinya bahawa ayah ada perempuan lain. Tetapi sebagai anak tak kan saya nak berdiam diri. Beberapa minggu kemudian baru saya berani bercerita dengan emak tentang peristiwa di supermarket itu.
menceraikan
''Malangnya sejak tembelang ayah pecah, dia jadi tak tentu arah, entah macam mana dia boleh bertindak menceraikan emak. Emak terkejut, kami adik beradik amat terkilan dengan perbuatan ayah. Tak berapa lama selepas itu kami dapat tahu ayah kami telah berkahwin dengan perempuan itu. Ayah amat kejam.
''Emak menerimanya dengan tangisan, tanpa banyak bicara selain meminta maaf kalau dia ada tersalah atau terkasar, dan memohon ampun jika tidak dapat melayan ayah seperti yang ayah kehendaki, kerana kini emak sudah 50 tahun.
''Hingga kini emak tetap emak sikapnya tak berubah langsung terhadap ayah. Malah emak nasihatkan kami jangan biadap dengan ayah. Walaupun emak tahu kami adik beradik amat marah dengan ayah. Masalahnya kami amat kasihankan emak.
''Malangnya, di satu pihak ayah memburuk-burukkan emak pada orang, kata ayah emak tak pernah menjaga kebajikannya. Emak tak jaga anak-anak. Emak malas dan emak isteri yang derhaka! Oh Tuhan. Apa dah jadi dengan ayah kami ini?
''Ayah marah abang, ketika abang cuba bersemuka dan bertanya kepada ayah apa yang terjadi, kata ayah abang dengar cerita sebelah emak sahaja yang banyak berbohong. Bila abang bercerita lebih lanjut, ayah kata kami adik beradik menyusahkan hidupnya.
''Kami empat beradik ini sudah dewasa, kami nampak dan kami kaji, kami tahu siapa yang membuat onar. Namun kasih emak pada ayah semakin tebal, emak nasihatkan kami jangan menderhaka kepada ayah.
''Malangnya semakin emak berdiam diri, cerita pembohongan ayah memburukkan emak menjadi-jadi dan sampai ke telinga saya. Kata ayah pada kawan-kawan dan adik-beradiknya, konon emak queen control, emak pentingkan diri sendiri, tak menjalankan tugas sebagai suri rumah apalagi sebagai isteri. Ya Allah, saya terkedu seperti orang yang dipukau saya tak dapat menjawab apa-apa pun selain daripada menangis.
''Namun saya mengaku, saya pernah menghubungi perempuan itu cuba menceritakan keadaan sebenar, bahawa emak bukan seperti yang dia ceritakan dan sebarkan. Malang sungguh ayah mengamuk dan memaki hamun marahkan saya. Kata ayah saya tak tahu apa-apa tentang emak jadi jangan masuk campur.
''Tapi saya puji, emak tak lekang dari tikar sembahyang. Masih minta kami hormat ayah. Saya ada banyak bukti tentang perbuatan buruk ayah. Tapi terlalu perit untuk bercerita pada emak. Maaf ayah saya tak dapat nak hormat ayah! Saya amat kesal orang yang saya hormati satu ketika dulu telah mengkhianati kami.
''Abang memang ambil berat tentang ayah. Dia mencari jalan membantu ayah kembali kepada emak. Tapi kerana tiada pengalaman abang gagal selamatkan perkahwinan ayah dan emak. Namun emak tetap reda dengan apa yang terjadi padanya.
"Pada Zukhene awak beruntung kerana ayah awak belum berkahwin. Itu tandanya dia masih sayangkan awak sekeluarga, tetapi ayah saya sudah tidak sayangkan kami lagi.
''Kepada ayah kami nak tanya adakah perempuan itu telah ayah uji cintanya seperti ibu? Kami harap janganlah dia cuma cintakan ayah kerana kedudukan dan duit ringgit ayah. Pada kami, hati, cinta dan kasih ibu terhadap ayah terlalu tinggi hingga kini. Saya mohon ayah jangan fitnah emak lagi dengan kata-kata yang ayah sendiri tahu tidak benar.
''Namun seperti ibu, jauh di sudut hati ini saya memohon kepada Allah agar ayah kembali pada kami. Kami rindukan ayah seperti dulu suka gelak ketawa, dan terlalu sayangkan keluarga, semoga Allah makbulkan doa kami". Demikian cerita Bismi tentang ayahnya yang sudah bertukar corak dan bertukar kasih.
Setelah membaca kisah Bismi tentu pembaca boleh membuat kesimpulan. Adakah isteri telah membuat salah maka hukumannya dia diceraikan, ataupun cerai sudah menjadi perkara biasa bila kasih sudah beralih arah.

Saturday, August 8, 2009

Lampu sahkan not RM50 tulen

Oleh NUR AISHAH MOHD AMIN
Wang kertas palsu bernilai RM50 dan RM100 dikesan kerap ‘berlegar’ di pasar malam. Bagaimanapun, kecanggihan teknologi dapat mengurangkan risiko itu.

KITA biasa melihat lampu-lampu putih atau lampu mentol oren digantung di premis-premis peniaga pasar, tetapi mengapa lampu itu perlu digantung di situ?
"Untuk mengesan ketulenan wang kertas." Inilah jawapan yang diberi peniaga kepada penulis ketika diajukan persoalan mengenai tujuan lampu atau mentol digantung dalam premis mereka.
Begitulah seriusnya usaha peniaga-peniaga bagi mengelak menerima wang palsu daripada pelanggan.
"Kita tidak pasang suka-suka lampu ini. Kami pasang sebab mudah untuk kami kesan duit palsu dalam kesibukan melayan pelanggan di sini.
"Paling-paling tidak, kami dapat nampak potret Yang di-Pertuan Agong pun cukup, terutama bagi wang kertas RM50 dan RM100," kata Mohd. Isa Chik, 32, seorang peniaga sayur di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur.
Sebagai seorang peniaga yang pernah mempunyai pengalaman ditipu pelanggan membayar menggunakan wang palsu tahun lalu, Isa akui berlaku kerugian pada jualannya.
"Bayangkanlah, dia bayar kita duit palsu yang kita tidak boleh guna untuk apa-apa. Sedangkan dia pula dapat wang baki dari wang yang tulen dan dapat barang pula," ujar Isa kesal dan kini mengamalkan sikap berhati-hati dengan setiap wang yang dihulur pelanggan.
Pengalaman sama turut dilalui oleh Ahmad Saliban, 59, atau lebih mesra disapa sebagai Wak seorang penjual daging lembu yang mempunyai 30 tahun pengalaman berniaga di pasar.
"Sekarang, kami lebih berhati-hati. Sepanjang saya berniaga, banyak kali tertipu dengan wang kertas palsu, terutama not RM50.
"Mereka ini sangat licik, datang dalam keadaan kelam-kabut, beli banyak-banyak dan pergi cepat-cepat hingga Wak sendiri susah nak cari semula kelibat dia," kata Wak sambil memberitahu kali terakhir menerima wang kertas palsu ialah kira-kira dua bulan lalu.
Lebih membingungkan Wak, rata-rata pelanggan yang dikesan membayar menggunakan wang palsu adalah kalangan remaja.
"Wak rasa macam ada sindiket, sebab itu mereka ini licik," kata Wak yang mengakui buntu untuk mencari penyelesaian masalah wang palsu itu.
Sukar dikesan
Bagi Pengerusi Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Pudu, Kuala Lumpur, Jeff Tan, transaksi jual beli menggunakan wang palsu di pasar sukar untuk ditangani.
Kesukaran itu kerana jual beli berlaku pada waktu awal pagi sebelum hari cerah.
"Banyak aduan yang kami terima mengenai wang palsu RM50 khususnya. Boleh dianggarkan, dalam masa sehari dua atau tiga keping wang kertas palsu RM50 akan dikesan oleh peniaga sebelum membuat aduan kepada persatuan," ujarnya kesal.
Namun sebagai wakil kepada lebih 200 peniaga di Pasar Pudu, Tan tidak akan membiarkan dilema itu terus menghantui peniaga dan merosakkan perniagaan ahlinya, sebaliknya melaporkan kepada pihak berkuasa sebagai langkah berjaga-jaga.

Transformasi wang kertas

Mungkin wang kertas not RM50 biasa di mata, di tangan dan di dalam dompet kita. Namun berapa ramaikah dalam kalangan kita yang tahu bahawa wang kertas itu sebenarnya diperbuat daripada kapas?
Bunyi macam pelik, tapi itulah faktanya. Tetapi tahukah anda, ini juga merupakan faktor utama yang membezakan wang kertas tulen dengan yang palsu.
Justeru, jurucakap Bank Negara Malaysis (BNM) memberitahu, perubahan siri wang kertas negara ini berlaku sejak tahun 1967 hingga kini dengan purata masa perubahan di antara 12 ke 15 tahun.
"Perubahan wang kertas bergantung sepenuhnya kepada teknologi percetakan. Apabila ada teknologi terbaru yang boleh meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan pada wang kertas kita akan mula membuat perbincangan menukarnya.
"Perubahan itu juga meliputi reka bentuk, corak dan ciri keselamatan yang lebih baik berbanding edaran wang kertas sebelumnya," kata jurucakap BNM memulakan bicara ketika ditemui di Bank Negara Malaysia, Jalan Dato Onn baru-baru ini.
Sambil menunjukkan koleksi wang kertas RM50 siri pertama hingga keempat, jurucakap BNM menjelaskan, beberapa perubahan telah berlaku pada wang kertas RM50 negara kita.
Secara kasarnya, perubahan itu nampak jelas apabila ditunjukkan keempat-empat siri wang kertas not RM50 di depan mata.
Perubahan itu termasuklah dari segi tema, reka bentuk dan pertambahan ciri keselamatan pada setiap keping wang kertas itu sendiri.
"Perubahan bukan sahaja pada rekaannya tetapi setiap inci rekaan itu ada ciri keselamatannya.
"Benang keselamatan yang putus-putus itu namanya teknik stardus. Secara kasar kita nampak garisan benang itu putus tapi hanya dengan imbasan sinaran ultra sahaja ia dapat dibaca," ujarnya sambil menunjukkan koleksi wang kertas not RM50 siri pertama kepada wartawan Kosmo! baru-baru ini.
Di mata penulis sendiri, terlalu banyak perbezaan jika dilihat wang kertas dari edaran pertama BNM hingga edaran keempat ini.
Bagaimanapun, ada beberapa elemen pada wang kertas lama dikekalkan hingga pada wang kertas terbaru ini.
Nombor siri pada wang kertas lama mempunyai kedudukan melintang sebelum diubah kepada kedudukan melintang dan memanjang bermula dengan siri kedua hingga siri yang terbaru ini.

KAKITANGAN Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan transformasi wang kertas RM50 di Bank Negara Malaysia.

Bermula tahun 1982, wang kertas mengalami transformasi. Dalam edaran siri kedua, BNM telah menggunakan tema bangunan yang menjadi mercu tanda negara sebagai corak pada wang kertas.
Ketika BNM mula mengedarkan wang kertas siri kedua, wang kertas not RM20 dan RM500 turut diperkenalkan.
Bermula dari itu juga wang kertas mula dicetak lebih tebal.
Wang kertas dalam siri keempat atau yang terbaru ini lebih tebal berbanding wang kertas siri pertama hingga siri ketiga.
"Tebal itu bermaksud, dakwat cetakan itu sendiri. Nampak macam biasa tapi bila kita rasa permukaan wang kertas akan ada rasa kesat. Berat sekeping wang kertas not RM50 yang terbaru ini lebih sedikit berbanding wang kertas yang lain," katanya.
Wang kertas juga mempunyai tema bagi corak yang terdapat pada wang kertas. Ia juga mengalami perubahan setiap kali ada pertukaran siri.
Dalam siri pertama, belum ada tema yang khusus pada wang kertas not RM50 tetapi bermula siri kedua, wang kertas itu menggunakan tema bangunan yang menjadi mercu tanda pembangunan negara.
Bagi siri ketiga pula, tema khas wawasan 2020 diaplikasikan pada wang kertas not RM50 dengan gambar-gambar motif pelancongan, telekomunikasi, pembinaan, pengangkutan, perlombongan dan perkilangan yang menjadi sumber pendapatan negara.
Siri keempat pula, menggunakan tema misi nasional negara.

ISA kini lebih berhati-hati menerima wang daripada pelanggan kerana pernah mempunyai pengalaman ditipu sebelum ini.

Malah, dalam siri keempat yang terbaru dikeluarkan ini juga terdapat banyak tanda untuk mengesan wang itu tulen atau palsu.
"Bandingkan wang kertas lama dengan yang baru di bawah cahaya ultra ini. Jelas menunjukkan betapa banyak ciri keselamatan yang ada tidak mampu dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memalsukannya.
"Ada tiga peringkat untuk mengesan wang palsu. Peringkat pertama adalah di pihak pengguna melalui deria rasa, kedua ialah di peringkat industri yang boleh menggunakan cahaya ultra ungu dan peringkat ketiga ialah di pihak bank sendiri," ujarnya.
Jadi, andai kata, anda fikir boleh memperdaya orang lain dengan sewenang-wenangnya, anda adalah silap.
"Banyak teknologi yang digunakan untuk sekeping wang kertas. Antara teknologi percetakan dari negara maju yang diguna pakai dalam wang kertas kita ialah teknologi dari negara Jerman," katanya.

Thursday, August 6, 2009

The King of Pop @ The Pharaoh of Pop?



The Field Museum The Pharaoh of Pop doesn’t quite have the same ring to it as King of Pop, but visitors to Chicago’s Field Museum could swear that’s Jacko’s face on a 3,000-year-old Egyptian bust.


The spitting image limestone sculpture has been on display at the museum since 1988, but recently started drawing attention because of its likeness to Jacko --- complete with disfigured nose.

Unfortunately the bust, which was carved sometime between 1550 B.C. and 1050 B.C., is of a woman and MJ likely never had the chance to see the statuette.

“I have no idea whether Jackson ever visited the museum,” a Field spokesperson said to the Sun-Times' Michael Sneed. “But the similarity between the limestone statue of a woman – which is about 3,000 years old --- and Jackson is astounding.”

Interestingly, Jackson cast himself as an interloper in ancient Egypt in his video for “Remember the Time,” so maybe he sensed some Egyptian roots.

Wednesday, August 5, 2009

Wrong Mail ID


A man checked into a hotel. There was a computer in his room, so he decided to send an e-mail to his wife. However, he accidentally typed a wrong e-mail address, and without realizing his error, he sent the e-mail.

.

Meanwhile...

Somewhere in Houston, a widow had just returned from her husband's funeral. The widow decided to check her e-mail, expecting condolence messages from relatives and friends.

.

After reading the first message, she fainted.

.

The widow's son rushed into the room,found his mother on the floor, and saw the computer screen which read:


To: My Loving Wife

Subject: I've reached

I know you're surprised to hear from me. They have computers here, and we are allowed to send e-mails to loved ones. I've just reached and have been checked in. I see that everything has been prepared for your arrival tomorrow.Looking forward to seeing you TOMORROW!

.


Funny eh?