KELUH-kesah seorang isteri yang melahirkan rasa tidak senang hatinya dengan sikap bekas suami yang tidak mahu memberi nafkah kepada anak-anak yang ditinggalkan rupa-rupanya menarik perhatian ramai kaum wanita, khususnya ibu-ibu tunggal yang senasib dengannya.
Bukan sahaja ramai yang menelefon melahirkan isi hati masing-masing terpaksa menempuh masalah yang sama, tetapi juga melahirkan harapan agar kaum lelaki diberikan kursus oleh pegawai-pegawai agama tentang tugas mereka sebagai ayah kepada anak-anak mereka.
Seorang isteri yang cuma menamakan dirinya sebagai Zaniah sahaja ketika menghubungi penulis melahirkan rasa kecewanya kerana setiap kali ceramah yang disampaikan oleh penceramah-penceramah jemputan di masjid, surau atau di pejabatnya, cuma pandai menasihatkan kaum wanita menjaga suami masing-masing.
Tetapi penceramah tidak pernah menasihati kaum lelaki tentang tugas dan tanggungjawab mereka kepada anak-anak dan isteri serta rumah tangga.
"Ceramah yang biasa saya dengar tak habis-habis isteri mesti izinkan suami kahwin lain kalau mereka minta, jangan sekat nanti mereka buat dosa, mesti layan suami, tak layan masuk neraka, suami ketua keluarga mesti dihormati, jangan tengking suami, jangan melawan, mesti minta izin apa sahaja yang hendak dilakukan. Pendeknya macam-macam nasihatlah.
"Tetapi mereka tak pernah nasihatkan para suami supaya menjaga anak-anak dengan baik, tanggungjawab mereka kepada keluarga dan apa akan jadi jika mereka gagal dalam menjalankan tugas tersebut.
"Saya kira kalau seseorang suami itu baik, tahu tanggungjawab, mereka tak perlu risau isteri pergi Mahkamah Syariah tuntut nafkah, sebab isteri pun tak mahu susah payah, bukan senang nak dapatkan nafkah. Dan saya rasa penceramah-penceramah kita gagal dalam tugas paling utama ini. Tak payah cakap pasal membentuk isteri, sebab kalau yang tukang nak bentuk itu tak terbentuk dirinya menjadi suami dan ayah yang baik. Anak-anak akan hidup lebih sempurna kalau mendapat bimbingan ayah dengan baik. Ini ayah balik pukul 3 pagi, macam mana nak suruh anak belajar, dan balik jam 9 malam, sedangkan diri sendiri tak betul, cerita Zaniah lagi.
Sementara itu seorang isteri dalam surat yang difakskannya kepada penulis turut menceritakan masalahnya yang bukan sahaja tidak mendapat nafkah daripada suaminya, tetapi juga dilanda seribu masalah daripada ibu bapa mentuanya yang sentiasa merebut anak-anaknya.
Beliau menamakan dirinya sebagai Ita sahaja memberitahu dia telah bercerai dengan suaminya kira-kira empat tahun lalu. Puncanya kerana bekas suaminya suka sangat membuat hubungan sulit dengan ramai kaum wanita.
"Setelah kesnya terbongkar dan dia tidak boleh mengelak lagi, dia ceraikan saya sambil mendakwa bahawa saya tidak pandai layan suami. Kisah itu diceritakan kepada semua orang yang kenal saya, kepada kawan-kawan kami, kerana secara kebetulan tempat kerja kami berdekatan. Saya ditinggalkan dengan dua orang anak yang ketika itu baru berusia dua dan tiga tahun. Sekarang mereka berusia 5 dan 6 tahun dan sedang berada dalam tadika.
"Saya tak marah diceraikan, kerana itu memang sebaiknya sebab kalau bersama pun tidak ada gunanya, tetapi yang menaikkan darah saya ialah dia tak mahu bagi nafkah anak-anak. Kami bercerai tahun 1995, dua minggu sebelum Hari Raya dia rujuk dengan saya semula. Tetapi saya dapat tahu dia buat hubungan dengan ramai wanita yang sama tempat kerja dengannya. Siapa tak sakit hati.
"Oleh kerana tempat kami kerja dekat, macam-macam cerita yang saya dengar tentang dirinya. Bila saya tanya dia menafikan.
"Saya menyesal rujuk semula sebab lepas rujuk dia tinggal berasingan dengan saya, dia duduk menyewa di rumah rakan-rakan bujangnya. Sementara saya tinggal bersama anak-anak di rumah mentua saya, ibu dia sendiri.
"Perbuatannya sungguh menyakitkan dan memalukan saya, akhirnya kerana tidak ada jalan keluar maka kami bercerai lagi pada penghujung tahun 1995. Puncanya kali ini kerana dia suka memukul saya.
"Siapa tak marah isteri ditinggalkan sementara dia duduk menyewa dengan orang bujang, anak-anak jadi tanggungjawab saya sedangkan dia menghabiskan duit untuk dirinya sendiri. Sebelum itu, saya telah mengalami keguguran dan terpaksa dirawat di hospital. Namun jangankan bertanya khabar, menjenguk pun payah sekali.
"Setelah bercerai dia berjanji memberikan hak penjagaan anak kepada saya. Tetapi apabila sampai di Mahkamah Syariah dia telah memberitahu mahkamah hendak memberikan hak penjagaan anak kepada ibu bapanya.
"Perbuatannya membuatkan saya sakit hati dan terpaksa menggunakan khidmat peguam. Alhamdulillah, saya berjaya. Tetapi dia tidak puas hati dengan keputusan itu. Demi anak saya sanggup turun naik mahkamah selama setahun lebih.
"Kerana tak puas hati dia telah melarikan anak-anak saya dan membawanya ke rumah bekas mentua saya. Apabila saya dan adik saya pergi untuk mengambil kedua-dua orang anak saya, bekas ibu mentua saya telah memaki hamun saya konon itu haknya.
"Bukan itu sahaja dia telah menanggalkan baju yang anak-anak saya pakai, sebab pakaian itu dia yang beli. Saya rasa memang beliau nenek yang kejam. Sepatutnya dia membantu cucu-cucunya, ini tidak, dia sanggup lihat cucunya tidak berpakaian semasa saya ambil untuk bawa pulang ke rumah.
"Bekas bapa mentua saya seorang ustaz, tetapi perangainya tidak seindah gelaran yang dipikulnya. Dia mendakwa bahawa dialah lebih berhak mendapat cucu-cucunya dengan mengeluarkan fakta-fakta dari kitab fikah dan entah apa kitab lagi. Bab bercakap memang pandai tetapi tidak bertanggungjawab - zero.
"Walaupun saya mendapat hak penjagaan anak-anak tetapi tak pernah dapat nafkah untuk anak-anak seperti yang dituntut. Sudah beberapa kali naik Mahkamah Syariah tetapi semuanya gagal. Sebabnya bekas suami saya tak pernah hadir ke mahkamah menyebabkan beberapa kali kes tertangguh sampai lebih 3 tahun.
"Kerana tempat kerja kami dekat, ramailah yang hantar story menceritakan kisah dia dengan kekasih-kekasihnya yang tak pernah kekal, seorang daripadanya berperang sebab tak tahan kena tipu duit aja.
"Lepas itu, hubungannya terjalin dengan seorang gadis Indonesia yang bekerja secara kontrak. Setiap hari gadis tersebut dibawa balik ke rumah sewanya untuk memuaskan hawa nafsunya. Sehinggalah pada suatu hari saya dengar cerita dia telah tangkap khalwat dan dikenakan hukuman denda.
"Akhirnya mereka terpaksa berkahwin dengan gadis tersebut di Thailand. Kerana belanja kahwin memerlukan wang dia terpaksa membuat pinjaman persendirian di Bank Rakyat di samping mengeluarkan duit muka untuk beli kereta terpakai.
"Walaupun perkahwinan itu disembunyikan daripada pengetahuan majikan, tetapi terbongkar juga maka gadis Indon itu terpaksa dihantar balik setelah kontraknya tamat. Sebenarnya saya tak marah dia kahwin, tetapi dia sanggup meminjam untuk nikah, bukan untuk membayar nafkah anak.
"Orang berduit pakai kereta tak banyak masalah, tetapi orang tak berduit nak pakai kereta tentulah banyak masalah timbul, pertama kerana tak mampu, kedua kerana terpaksa membaiki kerosakan kereta selalu. Jadi mana ada duit.
"Bab itu pun saya tak peduli tetapi yang menyakitkan hati, dia buat saya susah dengan menyimpan sijil beranak anak-anak saya, ini sudah tentu menyusahkan saya untuk memohon mendaftarkan persekolahan mereka.
"Sudahlah tak bagi nafkah, nak sekolahkan anak pun susah. Saya tak minta duit dia, tetapi dia sengaja menyusahkan saya supaya anak-anak tak bersekolah.
"Pada hari terakhir persekolahan sebelum Hari Raya Aidilfitri saya dikejutkan dengan satu berita iaitu kedua-dua orang anak saya telah diambil oleh keluarganya tanpa memberitahu saya dulu. Alasannya mereka hendak beraya dengan anak-anak saya.
"Esoknya saya buat report pada polis untuk mengambil anak-anak saya di rumahnya kerana saya pasti jikalau saya pergi sudah tentu saya akan dimaki hamun seperti dulu.
"Saya juga telah membawa satu perintah dari pihak Mahkamah Syariah mengenai hak hadanah yang saya dapat. Pihak polis pergi bersama saya ke rumah dia tetapi dia dan anak-anak saya tiada di rumah dengan alasan anak-anak saya suduh dibawa keluar.
"Dalam pda itu bekas bapa mentua saya telah menceritakan kepada polis bahawa dia berhak ke atas anak-anak saya, tetapi dia malas hendak bising. Dengan perasaan hampa dan kecewa saya kembali ke bali polis dan membuat satu report lagi.
"Tindakan mereka memang menyakitkan hati, polis pun mereka boleh kelentong. Akhirnya saya terpaksa meminta peguam untuk menguruskan hal mengambil semula anak-anak saya itu. Tujuan mereka adalah semata-mata menyusahkan saya di samping menghabiskan wang saya untuk turun naik mahkamah dan bayaran duit peguam.
"Bagaimanapun saya terpaksa juga meminta peguam untuk memohon kepada Mahkamah Syariah supaya mengeluarkan perintah baru agar mereka tidak mengganggu anak-anak saya semasa bersekolah tadika. Dan tidak membenarkan mereka mengambil anak-anak saya tanpa izin.
"Pada pandangan saya bekas mentua dan suami saya ini memang suka menyusahkan saya dan memang mereka mahu menyusahkan hidup saya. Sebab mereka tahu Mahkamah Syariah tak boleh buat apa-apa, tak ada kuasa. Kini saya terpaksa berurusan dengan peguam.
"Tetapi faham-faham sahajalah kalau berurusan dengan peguam, sekali langkah sekali wang, kita perlu ada banyak duit untuk mendapatkah khidmat peguam. Dan inilah sebenarnya tujuan mereka supaya saya pokai tak berduit langsung. Dari satu pihak dia tak bagi nafkah. Memang niat mereka jahat terhadap saya bukan mereka hendak jaga sangat anak-anak saya, mereka memang benci, tetapi inilah sahaja jalan untuk menyakitkan dan menyusahkan hidup saya.
"Memang mereka boleh buat sesuka hati, itu hak mereka tetapi jangan lupa doa saya orang yang dianiaya, sebab itulah hidup keluarga mereka tidak pernah senang daripada dilanda pelbagai masalah. Kepada mereka saya harap berubahlah demi kebahagiaan diri sendiri dunia dan akhirat," demikian cerita Ita tentang masalah yang dihadapinya.
Benar juga kata Ita kalau para penceramah agama boleh membantu menasihatkan para suami tentang tugas dan tangguangjawab mereka pasti tidak ada masalah rumah tangga, terutama masalah anak-anak hidup terbiar, penagihan dadah dan lari daripada rumah, kerana itu semua ada kait-mengait dengan masalah didikan dalam rumah tangga sendiri.
Insaflah kegagalan kita hari ini akan dipersoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Dan tidak keterlauan kita katakan kadangkala kegagalan kita itu siang-siang lagi sudah mendapat balasan di dunia lagi, tak payah tunggu akhirat. Oleh itu insaflah.

No comments:
Post a Comment