Monday, July 27, 2009

Sinopsis The Taking of Pelham 123


Atas permintaan seorang rakan, aku cari kat internet benda ni. Baca dulu, bawahnya pulak, aku punya sinopsis ok?
Travolta and Washington make it work, 9 June 2009
Author: C-Younkin from United States
"Taking of Pelham 123" was the movie that had it all. A great director in Tony Scott, screenwriter in Brian Helgeland (Man on Fire, LA Confidential), and leading men in Denzel Washington and John Travolta each doing what they do best. To its credit, Washington and Travolta keep it afloat. This is the kind of movie both can do in their sleep and watching them go one on one with each other is the film's main bright spot. Were also in for a pretty exciting ride as Tony Scott swings his camera around New York city streets and underground subway tunnels. Though this remake of the 1974 film starring Walter Mathau and Robert Shaw proves to be a little less than the sum of its parts.Washington plays Walter Garber, the chief detective for the MTA currently involved in some controversy over a bribe he may or may not have taken. While that's being worked out, he's been reassigned to desk duty as dispatcher in the subway command center. Just today will be a day unlike any other as armed men hijack a New York City subway 6 train and hold all of its passengers hostage. The leader of the hi-jackers wishes to be called Ryder (John Travolta), and tells Walter that he wants 10 million dollars within an hour or he will start executing hostages. The cops (led by John Turturro) are brought in but Walter remains as the lead negotiator at Ryder's request.Short on actual plot, I was expecting more of a character driven movie and early on it appears to go in that direction. There is a great scene where Ryder puts Walter on trial for the bribe and it leads you to think that these two are going to butt heads in dialogue-driven scenes all day long, exposing each other for who they really are. Just the battle of wits ends there, which is unfortunate cause the movie really crackles whenever they talk to each other. Travolta, sporting a menacing goatee and tattoo, is at his over-the-top, f-bomb-dropping, lunatic best and Washington is his level-headed, average-guy adversary.The rest is all action. Car crashes and shoot-outs take place, the car crashes coming within a sloppy scene where the police travel by motorcade to deliver the money and the shoot-out starting from a rat crawling up a guy's leg of all things. Both feature no important characters and situations that are manipulated. The finale comes before you know it, a chase through the streets of NY that's more exciting because it makes more sense. And Tony Scott, despite using clich├ęs like counting down the clock and going into slow-motion, keeps the movie gritty and fast-paced. As for the rest of the cast, James Gandolfini, playing a New York Mayor, is good comic relief, getting jokes about Giuliani, subways, and the Yankees but Turturro and Luis Guzman, playing a disgruntled MTA employee working with Ryder, don't get much to do."Pelham" works pretty well as a thriller because the Tony Scott-Denzel Washington teaming (this is their fourth go-around) always seems to do so and adding Travolta, always fun as a villain, is another nice touch. Just it doesn't always leave you engaged in what's happening, whether because the plot or the action lacks humanity. Still it's held together by good acting and solid direction and for that alone it's worth a ride.
Sinopsis Aku.
Cerita ni agak memeningkan kerana pergerakan dari satu frame agak keterlaluan. Punyalah nak menunjukkan pergerakan tapi hanya berjaya menambah sakit kepala aku la. Mengisahkan satu kumpulan penjenayah (bukan pengganas) yang merampas trem bawah tanah yang diberi nama Pelham 123. Ketua penjenayah John Travolta a.k.a Rider menghubungi pengawal rangkaian trem iaitu Denzel Washington a.k.a Garber untuk meminta wang tebusan. Banyak la sub topik dalam nak bagi duit pada penjenayah tu, antaranya selang masa sejam, bos Garber yang menyakitkan hati (tapi sebenarnya dia tak salah pon), dan yang paling aku suka adegan keta polis dan escort nak bawak duit tu la. Itu yang paling best pun... Boleh la kalau korang nak p tengok. Taklah boring sangat. Yang paling aku tak suka John Travolta mati padahal dia penjenayah dalam citer tu. Kesimpulannya, pengarah omputeh, jangan amik top star jadi penjahat. Kalau macam citer Tamil, sure dah lama kena bakar panggung! Hehehe! Bye!

Saturday, July 25, 2009

Bedah hidung kerana tak tahan dikutuk


LOS ANGELES: Michael Jackson melakukan pembedahan ke atas hidungnya kerana sering digelar Hidung Besar ketika zaman remajanya.Beliau mula merujuk kepada pakar pembedahan hidung Steven Hoefflin pada hujung usia remajanya. “Saya melakukan dua pembedahan ke atasnya dan yang terbaik pada era album Thrillernya. Kalaulah dia berhenti,” katanya.Hoefflin menyelar pakar bedah yang membedah hidung Michael selepas itu.


“Michael seorang yang comel tapi menjadi seorang yang buruk ketika dewasa.
“Ejekan Hidung Besar memberi kesan terhadap keyakinannya. “Apapun saya tidak pernah melakukan 50 pembedahan seperti yang didakwa Dr Wallace Goodstein. “Saya tidak bertanggungjawab terhadap pembedahan yang memburukkan Michael,” katanya. - Agensi

Friday, July 24, 2009

Isyarat 'angkat kaki'


SUKAR bagi salah seorang pasangan kekasih melafazkan kata putus tanpa sebab yang munasabah. Lebih-lebih lagi, ikatan cinta yang dijalin itu sudah bertahun-tahun lamanya.
Takut sekiranya hati pasangan terguris akibat panahan kata-kata yang terkeluar dari mulut anda, maka anda mula melakukan pelbagai perkara yang menjadi isyarat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan.
Seandainya anda bijak dan mula menghidu tanda-tanda si dia ingin membebaskan dirinya daripada anda, apa yang perlu anda lakukan adalah bersiap sedia menghadapi saat keperitan itu. Isyarat itu juga boleh digunakan untuk 'merawat' hubungan daripada terus putus.
Perhatikan tanda-tanda yang si dia mula mencari punca pertengkaran sehingga menjadi alasan untuknya memutuskan ikatan cinta atau mencari pelbagai kesalahan untuk menyatakan bahawa anda tidak lagi serasi.
Berikut adalah lima isyarat utama yang menandakan si dia tidak lagi berminat untuk meneruskan hubungan cintanya walaupun anda sukar menerima kenyataan sebenar.
1 Sentiasa timbul masalah
CINTA sejati tidak bermakna anda harus akur dengan setiap kata-katanya pada setiap masa. Konflik yang berlaku secara kecil-kecilan sebenarnya baik untuk perhubungan.
Namun, jika pasangan menjadi sangat sensitif dengan masalah-masalah kecil, misalnya tentang pemilihan pakaian, tempat makan ataupun cara percakapan anda, mungkin itulah tanda-tanda awal bahawa si dia sedang mencari alasan untuk keluar daripada hubungan kamu berdua.
2 Kurang berhubung
SEBELUM ini, si dia tidak pernah gagal menelefon anda pada setiap saat semata-mata untuk bertanyakan khabar atau hanya ingin mengucapkan 'aku rindu kamu'. Tetapi kini, deringan telefon daripadanya tidak lagi kedengaran, bahkan tiga jam sekali barulah anda menerima mesej yang pendek daripadanya.
Jika si dia tidak lagi melakukan tindakan yang biasa dilakukannya sebelum ini, itu tandanya si dia sedang berusaha menjauhkan diri dari anda.
3 Penampilan tidak seperti biasa
DENGAN tiba-tiba, si dia mengubah cara penampilannya. Mungkin si dia ingin mencari sesuatu yang baru dalam hidupnya tetapi itu membuatkan anda tertanya-tanya apakah punca sebenar perubahan dirinya itu.
Jika si dia mengubah penampilan diri dengan melakukan satu perkara yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini, mungkin dia sedang berfikir untuk memutuskan hubungan kerana ada wanita lain dalam hidupnya.
4 Mengkritik
JIKA si dia tidak lagi mempunyai perasaan terhadap anda, jangan terkejut sekiranya dia kurang bertoleransi atau sentiasa mencari kesalahan diri anda. Daripada cara anda bergaul, makan sehinggalah bau minyak wangi, ada sahaja hal yang tidak kena. Si dia sentiasa mengkritik segala perkara yang anda lakukan. Itu sudah jelas menunjukkan bahawa si dia semakin kurang berminat untuk meneruskan hubungan cinta dengan anda lagi.
5 Hilang kemesraan
JIKA kemesraannya semakin luntur terhadap anda, kemungkinan besar si dia tidak lagi tertarik dengan anda atau sudah bosan dengan anda. Si dia juga akan mencari alasan untuk tidak mahu berjumpa anda. Cuba fikirkan cara lain untuk membuatkan si dia kembali bersemangat dengan cinta anda. Misalnya, melakukan perkara yang si dia minati bersama.
Besar kemungkinan, tanda-tanda ini tidak selalunya menunjukkan 'isyarat pasti' bahawa si dia ingin memutuskan hubungan. Namun, kadangkala kombinasi tanda-tanda inilah yang akan membuatkan si dia benar-benar ingin memutuskan hubungan cinta dengan anda. Untuk memastikannya, jangan panik dan bincang dari hati ke hati. Adakah hubungan ini masih boleh dipertahankan atau lebih baik berpisah? Sekiranya isyarat tersebut menunjukkan petanda bahawa hubungan boleh diperbaiki maka anda harus meneruskan perjuangan ke arah itu. Jangan putus asa.

Kelebihan, peristiwa penting Syaaban



Oleh SAIFULIZAM MOHAMADpengarang@utusan.com.my
HARI ini merupakan hari kedua bulan Syaaban dan kedatangan bulan kelapan dalam takwim Islam itu amat dinanti-nantikan, khususnya golongan 'abidin' kerana ia sebagai petanda bahawa Ramadan al-Mubarak semakin hampir.
Dari segi bahasa, Syaaban membawa maksud berpecah-pecah atau berpuak- puak dan perkataan itu terbit daripada budaya hidup masyarakat Quraisy yang terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Pendapat lain pula mengatakan, Syaaban adalah tanda pemisah antara bulan Rejab dan Ramadan.
Rasulullah SAW pada bulan Syaaban telah memperbanyakkan puasa hingga diriwayatkan, baginda berpuasa sebahagian besar pada bulan tersebut.
Seperti mana maksud satu hadis daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban. (riwayat al-Bukhari).
Berdasarkan maksud hadis tersebut, jelas Rasulullah telah memperbanyakkan ibadat puasa pada bulan Syaaban berbanding bulan-bulan lain sebelum baginda berpuasa penuh pada bulan Ramadan.
Tidak dinafikan usaha untuk menggandakan amal ibadat tidak seharusnya ditumpukan pada bulan-bulan tertentu tetapi ibadat yang dikerjakan oleh Rasulullah ini wajar diikuti kerana pasti ia mempunyai banyak kelebihan.
Siapa lagi yang harus mendukung sunnah Rasulullah jika bukan kita sebagai umat Nabi Muhammad.
Selain digalakkan berpuasa sunat, kita juga digalakkan memperbanyak bersedekah, membaca al-Quran, bermunajat, berdoa, berzikir, qiamullail dan membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah.
Sementara itu terdapat satu peristiwa besar dan paling bersejarah berlaku pada bulan Syaaban iaitu pertukaran arah kiblat daripada Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis ke Kaabah di Masjidilharam.
Peristiwa pertukaran kiblat itu berlaku di dalam masjid Qiblatain di Madinah iaitu ketika Rasulullah serta para sahabat sedang menunaikan solat Asar.
Peristiwa tersebut berlaku pada tahun kedua Hijrah, dalam bulan Syaaban.
Ia telah dirakamkan oleh Allah di dalam kitab suci al-Quran al-Karim pada ayat 144 surah al-Baqarah yang bermaksud: Kerap kali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka ke arah Al-Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada, maka hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar daripada Tuhan mereka, dan Allah SWT tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.
Perubahan arah kiblat itu juga adalah satu tamparan cukup hebat kepada kaum Yahudi yang selama ini berbangga dengan kiblat mereka iaitu Baitulmuqaddis hingga mencemuh dan mengejek umat Islam kerana terpaksa bergantung dan mengikut mereka walaupun dalam menentukan arah solat pada ketika itu.

15 tanda kematian mulia

Bersama Mohd Zawawi Yusoh
KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat. Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita.
Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut. Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam 'husnul khatimah' ataupun 'su'ul khatimah.' Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan. Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'? Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah: 1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)4. Mati syahid di dalam medan perang. 5. Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah. Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit." Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)7. Mati kerana tenggelam.8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.10. Mati terbakar.11. Mati kerana penyakit busung perut.Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid." 15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

Sunday, July 19, 2009

Ringkasan Israk Mikraj


Kejadian Isra’ (perjalanan dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis) dan Mikraj (perjalanan dari alam bumi ke alam langit hingga ke Sidratul Muntaha) ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum hijrah. Ketika itu Nabi sedang berbaring-baring bersama Saidina Hamzah dan Saidina Ja’afar di Hijr Ismail (Masjidil Haram), tiba-tiba datang malaikat Jibril dan Mikail mengangkat Nabi ke telaga Zamzam. Di sana Nabi ditelentangkan dan berlakulah pembedahan di mana dada Nabi dibedah untuk dikeluarkan hatinya. Hati nabi dicuci dengan air zamzam. Kemudian dimasukkan semula bersama unsur ruhani iman dan hikmat. Setelah itu dadanya dijahit dan dimatrikan dengan khatimin nubuwwah.
(Kejadian ini menjelaskan kepada kita bahawa peringkat pertama untuk berjalan menuju Allah ialah pembersihan diri dari segi jasmani dan rohani).
Selesai Nabi Muhammad menjalani operasi pembersihan jasmani dan rohani, baginda dipersilakan oleh Jibril untuk menunggang sejenis kenderaan yang amat canggih iaitu Buraq (seekor binatang dari alam malakut yang mempunyai pergerakan yang teramat laju). Mengikut satu riwayat Buraq yang dipilih oleh Jibril ini merupakan satu-satunya haiwan yang mempunyai ciri teristimewa kerana sejak mendengar nama Nabi Muhammad, ia tidak tahan menanggung rindu sehingga tidak lalu untuk makan dan minum, bahkan saban masa duduk menangis tersedu-sedu.
(Peristiwa ini menggambarkan kepada kita sedangkan seekor haiwan mempunyai rasa hormat yang amat tinggi terhadap Nabi Muhammad, betapa hal dengan diri kita yang mengaku sebagai umat Muhammad)
Buraq yang dibawa oleh Jibril itu agak liar tetapi bila Jibril mengatakan yang Nabi Muhammad akan naik di belakangnya, badannya berpeluh dan dengan rasa malu merendahkan badannya untuk ditunggang oleh Nabi. Buraq terus membawa Nabi dengan diiringi oleh Jibril di sebelah kanan dan Mikail di sebelah kiri. Maka bermulalah perjalanan yang amat bersejarah.
Beberapa minit perjalanan, sampailah di suatu tempat bernama Thaibah (Medina). Di sini Jibril menyuruh Nabi berhenti untuk melakukan solat 2 rakaat dan memberitahu di sinilah kelak Nabi akan melakukan hijrah. Kemudian perjalanan diteruskan lagi hingga sampai di satu tempat iaitu Bukit Tursina, iaitu tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu. Di sini Nabi berhenti untuk melakukan solat dua rakaat. Perhentian seterusnya ialah di Baitul Laham, tempat kelahiran Nabi Isa, di mana Nabi sekali lagi mengerjakan solat.
(Peristiwa ini menggambarkan kepada kita tentang perlunya mengerjakan solat sunat apabila singgah di masjid atau di tempat-tempat yang mulia)

Friday, July 17, 2009

Gambar kaki Jacko disuntik ubat disiar


GAMBAR yang dirakamkan pada 2002 menunjukkan kedua-dua kaki Jacko mempunyai kecederaan yang dipercayai akibat suntikan jarum.

LOS ANGELES - Beberapa gambar yang mengejutkan disiarkan oleh rangkaian televisyen ABC di Amerika Syarikat (AS) semalam yang menunjukkan kedua-dua kaki Michael Jackson mempunyai luka seperti kena suntik dengan ubat.
Gambar-gambar itu menunjukkan terdapat luka, kesan kena suntikan dan kecederaan yang tidak pernah disiarkan sebelum ini.
Gambar-gambar itu disiarkan selepas polis di sini tidak menolak kemungkinan kematian Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika dia masih hidup sebagai satu pembunuhan.
Pada mulanya gambar-gambar itu disiarkan bagi menunjukkan bahawa penyanyi yang meninggal dunia pada 25 Jun lalu itu mempunyai panau yang kerap diakui oleh Jacko.
Namun, gambar-gambar itu mencetuskan pelbagai persoalan berhubung jenis ubat yang digunakan oleh penyanyi tersebut.
Seorang jurucakap Akademi Dermatologi Amerika, Dr. Debra Jaliman memberitahu stesen televisyen ABC: "Ia kelihatan seperti terdapat kesan benda tajam ke dalam saluran darah."
Dr. Debra berkata, menyuntik ubat di kaki jarang dilakukan.
Namun, ia boleh dilakukan jika tidak terdapat saluran darah di tubuh lain yang mampu menerima kemasukan ubat.
Jacko mengambil sejumlah ubat penahan sakit sebelum dia meninggal dunia dan dia selalu menggunakan pelbagai jenis ubat sejak rambutnya terbakar ketika dia menjalani penggambaran iklan Pepsi pada 1984.
Majalah Weekly di AS mendakwa mendapat imej rakaman video yang menunjukkan rambut Jacko terbakar. - Agensi

Thursday, July 16, 2009

Hantu Jacko di bonet kereta


IMEJ Jacko terbentuk pada bonet kereta Sloggett.

GAMBAR imej Jacko.

STAFFORD - Seorang lelaki, Gary Sloggett yang berumur 43 tahun terkejut apabila dia mendapati terdapat wajah mirip penyanyi Michael Jackson pada bonet keretanya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Wajah Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika dia masih hidup itu dapat dilihat di bonet kereta jenama Rover, 13 jam selepas penyanyi itu meninggal dunia pada 25 Jun lalu di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Gambar Jacko itu dirakamkan oleh Sloggett ketika dia mengambil gambar keretanya itu untuk dihantar kepada sebuah majalah jualan kereta.
Dia kemudian memuat naik imej itu di komputer dan berasa terkejut selepas mendapati terdapat wajah mirip Jacko di bonetnya.
"Ia sungguh luar biasa. Penjelasan yang munasabah ialah terdapat pembentukan awan yang terjadi ketika gambar itu dirakamkan," kata Sloggett.
Gambar Jacko itu dibentuk oleh awan menyebabkan bayangannya itu dapat dilihat pada bonet kereta Sloggett yang berkilat. - Agensi

Tuesday, July 14, 2009

Kecoh Jacko nyanyi lagu Allah


JACKO
ZAIN

LOS ANGELES - Pengguna-pengguna Internet kini berdebat sama ada suara yang menyanyikan lagu Give Thanks To Allah di laman web YouTube adalah milik Michael Jackson.
Dalam laman web itu, terdapat seorang pengguna yang memuat naik klik video yang berjudul Michael Jackson - Give Thanks To Allah.
Salah seorang pengguna di YouTube menyatakan suara yang menyanyikan lagu itu bukannya Michael tetapi Zain Bikha iaitu seorang penyanyi terkenal dari Afrika Selatan.
Masalah yang mencetuskan misteri itu adalah kerana klip video dalam laman web tersebut tidak menyiarkan imej bahawa Michael sedang menyanyikan lagu itu.
Tarikh klip video itu dimuat naik ialah 5 Disember 2008.
Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika dia masih hidup dilaporkan memeluk agama Islam pada November tahun lalu.
Bagaimanapun, lagu dengan judul yang sama itu disiarkan di laman web tersebut pada 4 Februari 2007 tetapi dinyanyikan oleh Zain.
Suara Zain ketika menyanyikan lagu itu hampir sama dengan suara yang didakwa sebagai Michael dalam laman web itu.
Perdebatan itu turut berlaku di laman web Imeem dengan seorang pengguna meminta supaya nama penyanyi asal lagu tersebut dihormati.
Bagaimanapun, terdapat pengguna lain yang keliru dengan mempercayai lagu itu dinyanyikan oleh Michael.
Michael meninggal dunia pada 25 Jun lalu di rumah yang disewanya selepas degupan jantungnya terhenti namun mayatnya masih belum dikebumikan.
Sementara itu, bapa Jacko, Joe berhasrat untuk membawa tiga anak penyanyi itu menyertai konsert jejalah dunia dengan memberikan mereka gelaran Jackson 3. - Agensi

Monday, July 13, 2009

Kakak Jacko tahu siapa bunuh adiknya


GAMBAR fail menunjukkan Jacko ketika dibawa ke pusat Perubatan UCLA, Los Angeles pada 25 Jun lalu.
GAMBAR fail menunjukkan La Toya bersama Jacko.

LOS ANGELES - Kakak Michael Jackson, La Toya mendakwa dia mengetahui siapakah yang membunuh penyanyi terkenal itu, lapor sebuah akhbar semalam.
La Toya yang pernah berbogel untuk majalah Playboy menyatakan adiknya dibunuh dengan tujuan untuk memperoleh kekayaan Michael yang berjumlah lebih AS$1 bilion (RM3.58 bilion).
"Saya tahu siapakah yang membunuhnya. Saya tidak akan berehat sehingga saya dapat menangkapnya," katanya.
Menurutnya, dia dan ahli keluarganya yang lain tidak menganggap hanya seorang individu yang terlibat dalam pembunuhannya.
"Ia merupakan konspirasi untuk mendapatkan wang Michael," katanya. Kenyataan La Toya itu dibuat tiga hari selepas ketua polis Los Angeles mengaku pihaknya sedang menyiasat kemungkinan Jacko mati akibat pembunuhan.
Michael yang mesra dengan panggilan Jacko meninggal dunia pada 25 Jun lalu di rumah yang disewanya setelah degupan jantungnya terhenti.
Laporan bedah siasat rasmi mayat Jacko masih belum dikeluarkan dan dijangka didedahkan dalam tempoh hampir dua minggu lagi. Namun, La Toya yang amat rapat dengan adiknya itu sudah mengetahui keputusan ujian toksikologi yang dilakukan ke atas mayat Jacko.
"Saya berpendapat semua orang akan terkejut apabila keputusan itu diumumkan," katanya.
"Saya tidak akan membincangkannya dengan lebih lanjut kerana polis masih melakukan siasatan. Namun, apa yang saya dapat katakan ialah laporan akhbar bahawa terdapat bahan metadon dalam tubuhnya adalah tidak tepat," tambahnya.
Menurut La Toya, beberapa tahun lalu, Jacko pernah memberitahunya bahawa dia bimbang terdapat orang yang mahu membunuhnya untuk mendapatkan katalog yang menjadi miliknya.
Dia berkata, Jacko mempunyai kekayaan melebihi AS$1 bilion menerusi aset-aset penerbitan muziknya dan terdapat seseorang yang mahu membunuhnya.
"Nilainya akan meningkat apabila Jacko meninggal dunia," katanya.
La Toya berkata, pihak yang merancang perbuatan itu turut cuba memastikan keluarganya tidak mendekati penyanyi tersebut. "Michael seperti berada dalam kawalan. Bapanya, Joe cuba untuk mendekatinya," katanya.
La Toya mendedahkan bahawa wang tunai dan barangan kemas bernilai AS$2 juta (RM7.16 bilion) milik Jacko didapati hilang dari rumahnya itu pada hari kematiannya. Menurutnya, pada kebiasaannya Jacko menyimpan kira-kira AS$2 juta di rumahnya yang akan digunakan untuk membeli barangan.
"Apabila saya pergi ke rumah itu, saya tidak menemui wang dan barangan kemas. "Terdapat seseorang yang sudah pergi ke sana dan melakukan tugas yang baik (mengambil wang dan barangan kemas). Ia amat ganjil," katanya. - Agensi

Sunday, July 12, 2009

Aksi kucing sarkas


Selepas tiga tahun memperkenalkan persembahan sarkas kucing, Samantha Martin belajar banyak perkara mengenai haiwan ini. Ia bijak tetapi tidak profesional.


~SALAH satu aksi Acro-Cats~


MELOMPAT ke atas dengan menggunakan kedua-dua belah tapak tangan, seekor kucing putih menggenggam tiang hijau sambil bergerak ke atas dan ke bawah. Aksinya diteruskan lagi dengan berpusing ke arah belakang pentas.
Kemudian kucing betina bernama Isis itu cuba berdiri sambil menggunakan kaki kirinya ke belakang untuk menolak sebuah kereta mainan selepas seorang kakitangan berkejar-kejar untuk duduk di atas kereta mainan itu.
Latihan tersebut merupakan aksi terbaik untuk pertunjukan sarkas Acro-Cats. Bagaimanapun, sebaik sahaja orang ramai memasuki dewan kecil Chicago, Isis tidak dapat menerima arahan dengan baik.
"Cepat Isis. Cepat. Cuba sekali lagi. Ayuh kita saksikan persembahan," jerit jurulatihnya yang kemudian memberi isyarat untuk senyap seketika.
Lantas, audiens ketawa, menepuk tangan sambil tidak sabar-sabar untuk menyaksikan helah seterusnya yang dilakukan oleh kucing jinak itu. Tetapi ia cukup mengecewakan penonton.
Seekor kucing hitam memusingkan sebiji bola jaring merentasi palang selari dengan tangan depannya, manakala kucing belang pula menaiki papan luncur untuk menjatuhkan penipu.
Tidak profesional
Selain itu, ia diikuti dengan aksi lincah kucing berwarna kelabu yang melompat melalui gelung. Ia diteruskan lagi dengan telatah kucing putih dan seekor ayam yang berlawan menghasilkan bunyi loceng. Akhirnya, ayam tersebut memenangi pertandingan tersebut.
Selepas tiga tahun memperkenalkan sarkas kucing, Samantha Martin mempelajari banyak perkara mengenai penghinaan awam dan jenaka yang merendahkan diri sendiri.
"Sepanjang terlibat dalam pekerjaan ini, kucing merupakan haiwan yang paling tidak profesional," katanya selepas melalui pengalaman buruk apabila kucingnya tidak mempamerkan kehebatan ketika melakukan persembahan.

~KUCING juga boleh membuat persembahan sarkas dengan syarat mereka mendapat latihan secukupnya~

Sebaliknya, penonton sangat teruja dengan sifat cerewet kucing-kucing itu dengan panggilan diva.
Seperti biasa, dewan Chicago akan dipenuhi dengan orang ramai dan Gorilla Tango Theatre sentiasa menambah persembahan menarik.
Persembahan jalanan diteruskan sambil memandu koleksi haiwan aneh untuk dipamerkan ke Kansas, Missouri, Iowa dan Indiana.
"Ramai berpendapat apa yang dilakukan itu merupakan perkara yang paling menarik di dunia. Malah ramai yang ingin berbicara mengenai kucing masing-masing," beritahu Penyelaras Pemasaran Gorilla Tango Theatre, Kelly Williams.
Bagi Jeffrey Husserl sekeluarga yang membela dua ekor kucing, mereka begitu kagum menyaksikan Acro-Cats yang mampu melakukan pelbagai aksi.
Aksi bersahaja
Persembahan yang paling mengagumkan apabila Rock Cats dipanggil meluncur keluar dari kotak lalu menarik keluar gitar mainan.
Kemudian ia diteruskan lagi dengan mengetuk set dram dan bunyi piano.
"Saya memang menyukai persembahan kucing itu. Aksi mereka sungguh menyeronokkan," cerita Husserl sementara menunggu isterinya membeli seekor kucing yang jinak itu.
"Saya gemar melihat aksi kucing yang cukup bersahaja. Ia bertambah menarik apabila kucing tersebut mampu melakukan aksi yang mungkin mereka tidak boleh lakukan sebelum ini," beritahu Martin.
Katanya, haiwan seperti ikan emas juga boleh melakukan aksi aneh sekiranya mereka dilatih.
Kesemuanya berjaya dilakukan apabila haiwan diberi arahan yang jelas dan jurulatih banyak sabar.
Kucing misalnya, mereka merupakan haiwan yang bijak. Mereka memerlukan tunjuk ajar dan teknik yang bagus untuk menghiburkan orang ramai.
Jelas Martin, kucingnya mula mengganggu dirinya untuk memulakan latihan dengan aksi tersendiri menggunakan peralatan sambil berjalan.
Berlakon filem
Walaupun mempunyai pengalaman melebihi dua dekad, sebagai jurulatih haiwan Martin berpendapat, sesiapapun boleh melatih kucing untuk melakukan apa sahaja.
"Ayam merupakan haiwan yang profesional untuk bekerja, manakala kucing tidak begitu memuaskan kerana haiwan itu perlu dilatih dengan sebaik mungkin. Kini saya memulakan tugas untuk melatih tikus," kata Martin.


~WALAUPUN comel, aksi kucing-kucing ini belum tentu dapat menarik perhatian khalayak. ~


Kisahnya mula diketahui umum pada tahun 1989 apabila sebuah syarikat televisyen tempatan menyiarkan berita mengenai Rat Lady. Martin dijemput dalam satu rancangan temu bual Geraldo, Jay Leno.
"Tetapi, ia terpaksa diberhentikan kerana ramai yang tidak menyukai tikus. Jadi, saya lebih selesa untuk beralih kepada binatang eksotik seperti ular, lipas, beruang kecil dan babi," terangnya.
Sehinggalah dia mula menyedari bahawa bidang yang diterokanya itu melencong jauh daripada cita-cita asalnya iaitu melatih haiwan untuk berlakon filem.
Dia bercadang untuk mendalami kehebatan kucing kerana haiwan tersebut mempunyai daya penarik.
Namun, tidak lama kemudian dia mengetahui kucing-kucing itu gementar semasa mengadakan persembahan kerana tidak bekerja dengan konsisten.
Lalu, Martin meneruskan persembahan bersama kucing-kucing peliharaannya yang tidak henti-henti memberi aksi melucukan. Pada awalnya, Martin agak keberatan untuk menyatakan jumlah keseluruhan kucing yang dibelanya. Dianggarkan, dia memiliki 20 ekor kucing sehingga menyebabkan dia tidak berkahwin.
Sebenarnya, dia enggan mendirikan rumah tangga. Sambil melawak, Martin memberitahu, kos untuk menyara lelaki lebih mahal. - AFP

Fenomena Natrah dalam psikologi bangsa


oleh Zin Mahmud

~MANSOR dan Natrah~


NATRAH MAAROF atau Bertha Hertogh, 72 meninggal dunia Khamis lalu yang mana kehidupannya sudah menjadi sebahagian daripada ingatan kolektif bangsa Melayu. Peristiwa yang dikenali Rusuhan Natrah akan sentiasa diingat oleh orang Melayu pada masa akan datang.
Walaupun ia berlaku pada 12 Disember 1950 di Singapura kerana kekecewaan orang Melayu apabila beliau dimurtadkan sudah berlalu hampir 59 tahun, tetapi ia akan tetap tercatat dalam memori bangsa untuk diwariskan pada generasi akan datang.
Selepas Rusuhan Natrah itu, apa saja perkembangan mengenai dirinya, apabila diketahui tetap menarik perhatian orang Melayu. Maka kini walaupun beliau sudah tiada lagi, tetapi kehidupannya akan terus dikenang kerana kepiluan hidupnya apabila dipaksa meninggalkan daripada menjadi seorang Melayu kembali kepada Belanda menyakitkan bukan saja kepada diri dan keluarga angkatnya, tetapi juga seluruh bangsa.
Sekurang-kurangnya terdapat empat dimensi yang berkaitan dengan keseluruhan hidupnya. Pertama, dimensi Melayu dalam konteks Nusantara. Kedua, agama Islam yang menjadi jati diri bangsa Melayu. Ketiga, dimensi perjuangan bangsa untuk mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Barat. Keempat, psikologi bangsa Melayu yang mempunyai sifat terbuka dan menerima bangsa lain, tetapi pada waktu sama mampu bertindak serius apabila hak jati diri mereka dicabar.
Natrah tidak mempunyai darah Melayu. Beliau yang lahir pada 24 Mac 1937 adalah anak Belanda tulen bernama Bertha, anak kepada Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya, Adeline. Maknanya, Natrah adalah anak keluarga penjajah yang lahir di tanah jajahan kerana ayahnya berkhidmat dalam tentera Belanda untuk memastikan Indonesia terus dijajah.
Natrah juga bukan lahir di Tanah Melayu. Tetapi dilahirkan di Tjimahi, Jawa, ketika itu sebahagian daripada Hindia Timur Belanda. Tetapi dalam tahun-tahun 30-an, Hindia Timur Belanda dan Tanah Melayu walaupun menjadi tanah-tanah jajahan Belanda dan Inggeris dianggap sebagai tanah air serumpun bersama.
Kedatangan Jepun mengubah hidup Natrah. Demi keselamatannya, beliau diserahkan oleh ibunya dan neneknya Nor Louise kepada Che Aminah Mohamed tanpa pengetahuan bapanya.
Pada masa kacau-bilau itu, perkara ini adalah suatu yang biasa. Dapat terus hidup adalah suatu yang sudah cukup patut dihargai terutama bagi penjajah Belanda dan Inggeris yang sedang lari daripada kemaraan Jepun.
Sejak diserahkan kepada keluarga Melayu itu, maka bermulalah Bertha berubah jati diri daripada seorang Belanda kepada Melayu. Namanya menjadi Natrah dan dia dididik sebagai seorang Islam selama lapan tahun. Bagi orang Melayu, anak angkat adalah seperti anak sendiri. Anak angkat keluarga Melayu seharusnya menjadi orang Melayu.
Lebih-lebih lagi apabila pada 15 November 1945, Natrah dibawa ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura. Maknanya kalau Natrah terus berada di sini, maka beliau menjadi orang Melayu dan warganegara Malaysia.
Semasa perang Jepun itu, banyak anak-anak daripada pelbagai keturunan dan agama, sama ada Inggeris, Belanda, Cina atau Jepun terselamat apabila mereka diambil sebagai anak angkat orang Melayu. Mereka membesar sebagai orang Melayu dan Islam. Tidak ada masalah dengan mereka.
Tetapi terhadap Natrah, bapanya yang dibebaskan daripada tawanan Jepun kembali ke Bandung mencari Natrah pada tahun 1945. Beliau tidak dapat menerima bahawa Natrah menjadi Melayu.
Hakikatnya ialah Hertogh adalah tentera penjajah yang bernasib baik selamat dalam perang di tanah jajahan. Kalaulah dia terbunuh dalam perang itu, maka tidak timbul Natrah hendak dikembalikan.
Begitu juga Natrah bernasib baik selamat selepas diserahkan oleh ibu dan neneknya kepada keluarga Melayu. Bukan soal dia menjadi Melayu atau Belanda. Hakikatnya dia terselamat dan dipelihara oleh keluarga angkatnya seperti anak sendiri.
Tetapi pada tahun 1950, Tanah Melayu berada dalam penjajahan Inggeris. Atas bantuan pihak berkuasa Inggeris, bapa Natrah dapat mengeluarkan Natrah daripada keluarga Melayu.
Dalam rayuan Che Aminah pada 28 Julai 1950, keluarga angkatnya itu menang. Untuk memastikan Natrah terus menjadi Melayu, beliau dinikahkan dengan Cikgu Mansor Adabi pada Ogos 1950. Mansor Adabi bukanlah calang-calang orang. Beliau adalah antara anak muda Melayu terpelajar yang timbul pada zaman itu untuk turut menyumbang kepada perjuangan kemerdekaan bangsa.
Bahagia
Ketika itu Mansor berusia 18 tahun, dan Natrah 14 tahun. Mereka hidup di Singapura dan berbahagia. Tetapi kebahagiaan mereka dirampas oleh mahkamah penjajah yang tidak menghiraukan kehendak Natrah itu sendiri.
Maka pada 12 Disember 1950 hakim memutuskan Natrah dikembalikan menjadi Belanda. Dia diperintah supaya kembali kepada ibu kandung, perkahwinannya dengan Mansor dibatalkan dan agamanya dimurtadkan.
Natrah meraung-raung di mahkamah mahu kekal berada dengan keluarga angkatnya dan mahu terus menjadi isteri Mansor. Natrah tidak mahu kembali kepada keluarga kandungnya.
"Saya beragama Islam. Saya tidak mahu pergi ke Belanda,'' kata Natrah di mahkamah sambil memeluk suaminya.
Tetapi dia tidak boleh buat apa-apa. Orang Melayu juga tidak mempunyai sebarang keupayaan. Singapura dan Tanah Melayu masih dijajah Inggeris. Apa yang hanya boleh dilakukan oleh masyarakat Melayu di Singapura ialah melancarkan rusuhan.
Dalam hal ini, tentunya Utusan Melayu yang ketika itu akhbar utama orang Melayu memainkan peranan menyiarkan laporan mengenai perbicaraan dan mahkamah serta ulasan-ulasan bagi meluahkan perasaan orang Melayu.
Maka akhirnya, Natrah dibawa juga ke Belanda, dimurtadkan, ditukarkan namanya kembali kepada Bertha dan pada 20 April 1956 berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt.
Suaminya yang sah dari segi Islam tetapi dipisahkan secara paksa oleh Mahkamah kolonial Inggeris berkahwin dengan Zaiton Juhari setelah ketiadaan Natrah. Beliau aktif dalam Malayan Law Journal sejak tahun 1961 dan menjadi Pengarah Urusan jurnal itu sehingga tahun 1987. Beliau meninggal dunia pada 15 Oktober 1988 di Singapura.
Bagi keluarga angkat Natrah, beliau tetap anaknya. Begitu juga bagi masyarakat Melayu. Walaupun banyak tahun berlalu, ada saja keinginan dari kalangan masyarakat Melayu untuk mengetahui apa yang sedang berlaku pada Natrah.
Orang Melayu berasa pilu dengan peristiwa Natrah itu. Natrah dan keluarga-keluarganya, baik angkat atau kandung adalah mangsa.
Begitu juga dengan mereka yang terbunuh dan cedera dalam Rusuhan Natrah. Lapan belas terbunuh dan 173 cedera apabila tentera menembak para perusuh yang terdiri daripada orang Melayu di Singapura.
Kesemua mereka, dan juga masyarakat Melayu adalah kesemuanya mangsa kepada sistem penindasan kolonialisme dan imperialisme Inggeris, Belanda dan Jepun.

Wednesday, July 1, 2009

The truth....


~Credit to Ceqbulann for the reminder!~