JACKO
ZAIN
LOS ANGELES - Pengguna-pengguna Internet kini berdebat sama ada suara yang menyanyikan lagu Give Thanks To Allah di laman web YouTube adalah milik Michael Jackson.
Dalam laman web itu, terdapat seorang pengguna yang memuat naik klik video yang berjudul Michael Jackson - Give Thanks To Allah.
Salah seorang pengguna di YouTube menyatakan suara yang menyanyikan lagu itu bukannya Michael tetapi Zain Bikha iaitu seorang penyanyi terkenal dari Afrika Selatan.
Masalah yang mencetuskan misteri itu adalah kerana klip video dalam laman web tersebut tidak menyiarkan imej bahawa Michael sedang menyanyikan lagu itu.
Tarikh klip video itu dimuat naik ialah 5 Disember 2008.
Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika dia masih hidup dilaporkan memeluk agama Islam pada November tahun lalu.
Bagaimanapun, lagu dengan judul yang sama itu disiarkan di laman web tersebut pada 4 Februari 2007 tetapi dinyanyikan oleh Zain.
Suara Zain ketika menyanyikan lagu itu hampir sama dengan suara yang didakwa sebagai Michael dalam laman web itu.
Perdebatan itu turut berlaku di laman web Imeem dengan seorang pengguna meminta supaya nama penyanyi asal lagu tersebut dihormati.
Bagaimanapun, terdapat pengguna lain yang keliru dengan mempercayai lagu itu dinyanyikan oleh Michael.
Michael meninggal dunia pada 25 Jun lalu di rumah yang disewanya selepas degupan jantungnya terhenti namun mayatnya masih belum dikebumikan.
Sementara itu, bapa Jacko, Joe berhasrat untuk membawa tiga anak penyanyi itu menyertai konsert jejalah dunia dengan memberikan mereka gelaran Jackson 3. - Agensi
No comments:
Post a Comment