Akui Diri
Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.
Dia bertanya, “Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri.”
Semua pelajar diam. Ada yang senyum. Ada yang buat tak tahu. Ada yang menggeleng kepala. Ada juga yang pandang ke belakang.
Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun.
Profesor berkata, “Oooh, jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?”
Pelajar itu menjawab, “Bukan, sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri.”
Erk!

.
.
Kahwin
Kahwin
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu yer…
Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmm… Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha????!!!!
Suzy: Ha????!!!!
.
.
Kambing Hitam & Kambing Putih
Kambing Hitam & Kambing Putih
Seorang gembala sedang menggembalakan kambing-kambingnya yang berbulu hitam dan berbulu putih.
Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya;
Pemuda: Baguskah ternakan kambing-kambing kamu? Boleh tak saya tanya beberapa soalan?Gembala: Oh, boleh saja.
Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya;
Pemuda: Baguskah ternakan kambing-kambing kamu? Boleh tak saya tanya beberapa soalan?Gembala: Oh, boleh saja.
Pemuda: Berapa jauh kambing-kambing ni berjalan setiap hari?
Gembala: Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda: Yang putih.
Gembala: Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda: Dan yang hitam?
Gembala: Yang hitam pun sama.
Pemuda: Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?
Gembala: Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda: Yang putih.
Gembala: Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda: Dan yang hitam?
Gembala: Yang hitam pun sama.
Pemuda: Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Gembala: Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda: Yang putih.
Gembala: Aaa… menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur.
Pemuda: Dan yang hitam?
Gembala: Yang hitam pun sama.
Pemuda: (Dengan perasaan geram) Kenapa engkau membezakan kambing engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja?
Gembala: Mestilah saya beza-bezakan, sebab kambing yang putih itu adalah milik saya.
Pemuda: Ooo, begitu, fahamlah saya kalau macam tu. Habih tu yang hitam tu pulak siapa punya?
Gembala: Yang hitam pun sama, saya punya juga…
Pemuda: (bengang, geleng kepala dan berlalu)
No comments:
Post a Comment