MASIH ramai yang tidak percaya bahawa Wook Kundur yang berusia106 tahun dan Mohd Nor Musa, 37, tinggal sebumbungdi Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang,Hulu Terengganu, Terengganu sebagai suami dan isteri.Barangkali ramai yang mengambil sedikit waktu untuk yakinakan hakikat bahawa perkahwinan unik pasangan itusudah berlaku sejak tiga tahun yang lalu.Jika dilihat pada tanggapan biasa, 'ketidakpercayaan'orang ramai dalam hal ini ada asasnya. Ini kerana jurangperbezaan usia mereka begitu jauh iaitu 69 tahun.Bayangkan ketika Wook 'menyambut' hari lahir yang ke-69,Mohd Nor baru celik melihat dunia dan kelahirannya disambutdengan penuh kesyukuran oleh keluarganya.Berdasarkan trend orang Melayu berkahwin awal ketika itu,Wook layaknya memanggil Mohd Nor sebagai cicit iaituketurunan keempat dalam salasilah sesebuah keluarga.Hal ini tentu sekali wajar kerana dalam kalanganmasyarakat Melayu sebelum dan ketika awal negaramencapai kemerdekaan, usia 17 tahun sudah dianggapmatang bagi seorang gadis untuk mendirikan rumah tangga.Bagi pihak Mohd Nor pula, andainya waktu itu Wook ada di sisi,panggilan hormat yang sesuai digunakan tentulah moyang.Walau apa pun yang berlaku, pada awal tahun 2005ketika berusia 34 tahun, Mohd Nor menginterpretasikanjiwa besar seorang lelaki dengan mengahwini Wookyang ketika itu berusia 103 tahun.Atas alasan mencari keredaan Allah dengan mengabdikandiri kepada wanita itu, Mohd Nor membuang jauh ke tepisegala pandangan yang tidak selari dengan niatmurninya mengahwini Wook.Beliau meneguhkan keyakinan dalam diri dan tetap percayabahawa beliau sudah pun membuat keputusanyang terbaik di dalam hidupnya.Sesuatu perkara yang luar biasa tetap ditanggap 'biasa'oleh kebanyakan individu walaupun perkara itudibolehkan oleh agama, malah ada hikmah tersendiri.Apabila kehilangan asas untuk menolak keyakinanbahawa pasangan itu sememangnya sudah berkahwindan berhak tinggal serumah, timbul pula persoalan keserasian.Fakta itu dijadikan alasan penolakan pihak tertentu untukpercaya kepada hakikat bahawa dua insan inimampu berkongsi hidup.Kepercayaan itu dihujahkan oleh fakta wujudnya kontradiksidari segi budaya hidup atau 'world view' yang memungkinkansegala-galanya menjadi sukar.Daripada sebesar-besar dan sejelas-jelas perkara kepadasekecil-kecil dan sesulit-sulit perkara, mereka membuat perbandingan.Ini termasuk dalam persoalan yang dilemparkan oleh pihak tertentutentang bagaimana Mohd Nor 'menerima layanan' Wooksebagai isteri di tempat tidur dan apakahwujud 'kepuasan' dalam hal tersebut.Atas sebab itulah, Mohd Nor dikatakan tidak mampu bertahan lama.Dengan kepercayaan kononnya Wook tentu melihat bakihidupnya secara sempit, tentunya Mohd Nor tidak akanterus sanggup untuk berbakti kepada wanita itu.Dalam pertemuan eksklusif dengan Kosmo! di rumahnyabaru-baru ini, lelaki berjiwa besar itu bagaimanapun tidakcepat melatah dengan pandangan negatif dan liar ke atas mereka.Beliau yang berasal dari pedalaman Tanah Merah, Kelantandan berkelana di situ sejak empat tahun lalu mengakuisudah 'masak' dengan situasi demikian.Pernah katanya, mereka dikatakan sudah bercerai baru-baru ini.Malah tersebar desas-desus kononnya mereka tidak lagi tinggalserumah hampir setengah tahun lalu.Beliau yang menafikan semua tohmahan dan khabar angin itumengakui hakikat bahawa peritnya menghadapi kehidupanjika seseorang itu bertindak di luar kebiasaan."Memang semua ini luar biasa. Saya memilih semua ini.Apabila saya membuat sesuatu pilihan, saya tidak berundur lagi."Mungkin orang melihat saya tidak berpelajaran. Betul, saya tidakada sijil peperiksaan yang hebat, bersekolah pun tidak tinggi."Kalau itulah ukurannya, memang saya tidak ada hargadiri dalam masyarakat, tetapi jangan lupa bahawakehidupan juga satu penilaian kehidupan."Hari-hari yang kita lalui juga adalah salah satu daripadajenis persekolahan dan kadang kala di situlah kita mampubelajar dengan lebih bijaksana," katanya.Bertubuh sasa, mungkin kerana rutin hidupnya bekerjamengerah tenaga yang banyak, selain 'kebal' denganpelbagai jenis cuaca, Mohd Nor percaya apayang dilakukan ini adalah betul.Katanya, sepanjang tiga tahun beristerikan Wook, dia mampumengecapi nikmat hidup sama ada dari aspek jasmani mahupun rohani.Jelasnya, Wook yang sudah pun berpengalaman mendirikanrumah tangga sebanyak 21 kali sebelum berkahwin dengannyaternyata tidak mengecewakannya.Menurutnya, Wook mempunyai keistimewaan daripadakedua-dua aspek itu, malah pintar dan 'perkasa'menjaga tanggungjawab 'di tempat tidur'.Lelaki budiman ini mendakwa, Wook meneruskan amalannyaiaitu mengurut tubuh sendiri setiap awal pagi dan selepassolat Isyak untuk memastikan dirinya terus sihat.Katanya, isterinya juga sering mengingatkannya agar turutmengurut tubuh sendiri dan mengamalkanpetua tertentu dalam kehidupan."Isteri saya pantang minum minuman sejuk, sebaliknya sukaminum air masak atau Milo O panas atau teh O suamwalaupun pada waktu cuaca terik."Dia tidak suka makan nasi berlaukkan gulai yang menggunakansantan dan sekarang semua itu, saya pula amalkannya," katanya.Sementara itu, Wook yang pada asalnya mendiamkan diritetapi lama kelamaan menjadi peramah mengakui diasudah 'masak' dengan asam garam kehidupan.Katanya, pandangan serong dan cakap-cakap yang tidakenak didengar sudah pun dihadapinya sejak puluhan tahunlalu bersama suami terdahulu."Kalau semua cakap orang tak enak, kita ambil pusing,tak boleh buat kerja kita jadinya. Hari ini berbalah denganorang itu, esok pula dengan orang ini."Sampai bila kita nak terus buang masa?," katanya yang masihmempunyai pendengaran yang jelas serta pertuturan yang baik.Walaupun sudah lanjut usia, beliau berkebolehan menggunakanlaras bahasa komunikasi terkini dan tidak terikatdengan dialek atau bahasa daerah.Wook yang memiliki fizikal kecil molek dan berkulit cerahturut gemar berpakaian kemas serta pandaimencetuskan suasana kecindan (kelakar).Menceritakan rahsia urut tubuhnya, wanita umpama'primadona desa generasi lama' itu berkata, semua itudiwarisi daripada keturunannya.Beliau berkata, amalannya tidak menyalahi ajaran agama.Menceritakan permulaan peristiwa hingga membawakepada berputiknya 'cinta luar biasa' mereka, Wookberkata, Mohd Nor menyewa rumah kecilnya empat tahun yang lalu."Masa itu, dia datang dengan kawan, cari rumah sewa.Dia kerja buat rumah batu dan bangunan,kira ambil upah jadi buruh kasarlah."Kebetulannya, saya ada dua buah rumah, satu yangbesar tetapi dah buruk sikit, satu lagi yang kecil tapiagak baru jugalah. Dia duduk seorang."Saya perhatikan Mohd Nor pemuda yang baik,rajin dan hormat orang tua. Saya ambil dia jadi anak angkat.Lepas tu, dia selalu datang tolong saya."Kerana kami bukan muhrim, saya takut timbul fitnah,maka saya panggil Mohd Nor, cadang untuk kahwin dengannya.Dia minta sikit masa. Saya setuju."Tak sampai sebulan, dia kata dia setuju. Kami pun kahwin,tapi buat majlis ringkas. Mak dan ayah Mohd Nor baik dan hormat saya."Mereka pun datang pada hari kami kahwin.Tak timbul soal keluarga tak setuju.Kalau ada yang cakap juga, itu jelas fitnah," katanya.Dari sisi yang lain pula, Wook memperlihatkan sikapnyayang rasional menghadapi kemungkinan hidup bersuamikanMohd Nor yang jauh lebih muda.Beliau berterus-terang dengan berkata bahawa hatinyadapat menghidu bahawa ada wanita lain meminati suaminya,namun itu tidak menjejaskan rumah tangganya.Yang menariknya, Wook menyatakan kesediaannya bermadujika suaminya mahu berkahwin lain, malah sanggupmeminang wanita tersebut.Katanya, dia sedia berusaha mengumpul wang hantaranperkahwinan itu nanti, namun meminta perkara itutidak dirahsiakan daripadanya."Jangan buat macam pasangan muda. Kahwin sekejap, cerai.Ada masalah sikit, cerai. Jumpa orang lain, cerai. Itu tak baik.Saya tak nak macam itu."Kalau boleh, saya nak masyarakat kita menghargaiikatan suami isteri. Hubungan ini amanah Allah.Jangan khianat, berdosa nanti," katanya.
No comments:
Post a Comment