TAHUN 2008 sangat bersejarah buat dua tokoh penting Amerika Syarikat (AS) - bakal Presiden, Barrack Obama dan Presiden George W. Bush, yang akan meninggalkan White House menjelang 20 Januari ini.
Jika Obama mencipta sejarah sebagai Presiden kulit hitam pertama AS dalam tempoh 232 tahun pembentukan negara itu, Bush juga mencipta sejarah tersendiri sebagai Presiden AS pertama dihina sebegitu rupa sejak negara itu mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 4 Julai, 1776.
Kedua-dua tokoh ini menempa sejarah dengan cara berbeza. Obama mencipta sejarah gemilang sehingga dipilih sebagai tokoh paling berpengaruh dan berkuasa pada tahun ini oleh majalah Times dan Newsweek, sementara Bush pula mencipta sejarah hitam dalam kerjaya politiknya.
Jika Obama melalui saat-saat manis dan menerima sanjungan menanti ketibaan tanggal 20 Januari 2009 untuk 'ditabalkan' sebagai Presiden AS ke-44, Bush pula menunggu kedatangan tarikh itu dengan 'air mata' dan penghinaan.
Insiden Bush dibaling kasut oleh wartawan stesen televisyen Iraq ketika Presiden AS itu melakukan lawatan perpisahan ke Iraq menggemparkan seluruh dunia, menjelang 2008 melabuhkan tirainya tidak sampai 10 hari lagi.
Bush memang seorang 'wira' kerana mampu mengelak kasut yang dibaling oleh wartawan Muntadar Al-Zeidi, bukan sekali, bahkan dua kali, tetapi Bush tidak mampu menghalang insiden itu daripada menjatuhkan maruahnya sebagai seorang Presiden bagi sebuah negara kuasa besar dunia. Kejadian itu telah menjejaskan rekod cemerlangnya sebagai seorang 'wira' dalam kempennya memerangi keganasan.
Kempen tersebut bukan sahaja telah menyebabkan dua kerajaan berdaulat tumbang - Afghanistan dan Iraq, tetapi juga menjadi episod yang menakutkan bagi penduduk dunia.,
Berjuta-juta penduduk Iraq dan Afghanistan hidup melarat dan menderita akibat perang yang dilancar oleh Bush. Berpuluh-puluh ribu wanita menjadi balu, beribu-ribu kanak-kanak menjadi yatim, beratus-ratus individu menjadi tawanan di Guantanamo akibat kegilaan Bush ingin menjatuhkan Saddam Hussein dan memburu Osama bin Ladin.
Kini gelaran 'wira' yang dimiliki oleh Bush telah beralih kepada Muntadar yang dilihat sebagai 'hero' baru, bukan sahaja bagi penduduk Iraq dan mereka yang menjadi mangsa keganasan Bush, tetapi juga oleh seluruh dunia.
Penduduk dunia, terutama dunia Arab melihat Muntadar sebagai 'hero' mereka kerana aksinya itu telah berjaya membela penindasan, kezaliman dan penghinaan yang telah dilakukan oleh Bush sepanjang tempoh pentadbirannya.
Peristiwa baling kasut itu merupakan insiden kemuncak sebelum 2008 menutup tirai dan juga kemuncak kegagalan Bush dalam tempoh pentadbirannya selama lapan tahun.
Muntadar benar-benar telah mengajar Bush, sehingga penghinaan sebegitu rupa tidak mampu ditebus oleh Bush kerana episod pentadbirannya sudah sampai ke penghujungnya.

No comments:
Post a Comment