Sunday, May 17, 2009

Suamiku Penagih Dadah

DALAM pertemuan saya baru-baru ini dengan Norshahira di sebuah restoran di ibu kota, saya jadi kagum dengan kekuatan semangat, keazaman serta rasa tanggungjawab yang ditunjukkan oleh Norsahira demi mengembalikan keharmonian dan kasih sayang dalam keluarganya, walaupun dia tahu dia tidak akan mendapat kerjasama dari suaminya.
''Saya tahu saya perlu banyak bersabar. Dalam masa yang sama saya terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran yang dilakukan oleh suami saya Bad kerana dia suka berbohong. Perbuatan yang menjadi kebencian saya. Berbanding saya suka kejujuran dan workaholic. Kerana kuat kerjalah saya terlewat berkahwin.
''Namun Allah menemukan saya dengan Bad melalui seorang kawan. Walaupun dia ada menceritakan siapa Bad sebenarnya, tetapi entah macam mana perasaan saya bertukar jadi suka kepadanya, mungkin kerana perasaan kasihan agaknya.
''Dalam masa tak sampai empat bulan saya membuat keputusan untuk bertunang dan berkahwin, walaupun saya tahu latar belakang hitam Bad yang sering keluar masuk pusat dan penjara.
''Saya dapati Bad baik hati, ikhlas, dan dia memang berusaha untuk memulihkan dirinya, dan sebagai pegawai atasan ketika itu saya dapat lihat dia memang mahu berubah, cuma dia tidak ada kekuatan untuk menahan ombak dan badai, tanpa seseorang di belakangnya. Dan saya juga berpendapat semua orang harus diberi peluang untuk berubah.
''Untuk mencapai hasrat itu saya berharap selepas setahun berkahwin saya mesti letak jawatan untuk sentiasa di sampingnya, kerana dia tidak boleh bersendirian. Di samping itu saya mesti meminggirkan ramai kawan-kawan saya, kerana saya perlu beri perhatian kepada Bad.
''Bad juga mesti buang kawan-kawan lamanya, kerana kita sedia maklum orang sepertinya, biasanya hancur atau mudah terpesong jatuh kembali ke lubuk lamanya kalau terjumpa kawan-kawan yang tak betul.
''Tetapi entah macam mana, walaupun duduk serumah, tetapi saya dapat rasakan hubungan kami tidak begitu rapat. Jiwa saya terasa kosong. Tak seperti kami mula berkahwin dulu. Bad balik ke rumah tetapi dia sentiasa cuba menjauhkan dirinya dari saya, dia sering memberi alasan penat dan tertidur kerana keletihan dan macam-macam. Dia tak mahu berbual seperti dulu.
''Nak jadikan cerita satu hari saya diarahkan menghadiri mesyuarat di luar daerah selama tiga hari, tetapi masuk hari kedua saya terima berita yang amat mengejutkan Bad kena tangkap ketika sedang menagih. Terkejut saya, sebab sebelumnya dan selepas berkahwin, Bad menunjukkan tanda-tanda dia sudah pulih dari menagih.
''Habis meeting, saya berkejar balik untuk menjamin dia. Ketika itu jualah saya ambil keputusan segera berhenti kerja. Permohonan diluluskan. Saya balik ke KL, mungkin di tempat baru yang jauh dari tempat asalnya mungkin Bad tidak terjebak. Lagi pun setelah berhenti kerja saya boleh bersamanya dan buat kerja bersama, mungkin dia boleh berubah.
''Tak lama di KL saya hamil. Semasa di hospital dan dalam pantang Bad banyak membantu saya, menyediakan air panas untuk mandikan baby, masak makanan khas saya, menjaga baby semasa saya berurut.
''Walaupun tak bekerja, tetapi saya reda, mungkin inilah ujian yang diberi Allah kepada saya untuk memberi saya banyak pahala lagi. Dan mungkin ada rahmatnya kepada saya nanti.
''Dalam pada itu dia banyak membantu saya membuat banyak kerja yang saya lakukan dari rumah yang membawa banyak pendapatan kepada kami suami isteri, Entah macam mana dalam pada membantu saya bekerja inilah dia berkenalan dengan seorang lelaki yang kononnya boleh membantu dia berdikari.
''Oleh kerana niatnya baik saya izinkan. Tetapi setelah dia bekerja dengan kawannya ini, langkahnya semakin jauh dari saya. Alasannya kerana tugas, balik subuh sudah jadi perkara biasa.
''Dalam pada itu saya mengandung kali kedua, ketika itu anak yang tua sudah berusia tiga tahun. Dia amat bijak, berbanding usianya. Saya terasa amat bahagia. Tetapi semasa mengandung lima bulan perubahan Bad jadi amat ketara. Hobinya suka tengok benda-benda lucah dalam internet. Lagi pelik dia tidak pernah tidur dengan saya sehingga saya habis pantang. Mana dia lepaskan nafsunya setelah melihat benda-benda lucah tu? Satu persoalan yang mengganggu fikiran saya.
''Satu kelemahan saya terlalu sayang dan percayakan suami, akibatnya banyaklah bil-bil yang tak selesai dibayar. Hati saya mula mengesyaki perkara yang tak baik, dalam diam saya buat kajian tentang dadah, saya bertanya mereka yang tahu pasal dadah dan saya layari internet mencari bukti mengenal mereka yang menagih dadah, dan jenis-jenis dadah yang popular kini dan kesannya kepada orang yang mengambilnya.
''Sebenarnya dadah zaman sekarang sukar nak kesan orang yang menaih. Kalau dulu heroin orang yang menagih nampak haggard, leleh dan lentok, tetapi dadah moden sekarang seperti syabu, ice, pil kuda, morfin dan banyak lagi, ia akan membuat seseorang itu hyperaktif, tak tidur, segar bugar, dan tak mengantuk. Badan tak kurus sebaliknya elok macam biasa.
''Sikap seperti ini tahan dua atau tiga hari, lepas itu kena ambil lagi kalau nak segar. Kalau tidak ambil dadah lagi dia akan mengantuk dan lemah. Tetapi lama kelamaan ia akan membunuh nerve penagihnya secara tidak disedari.
''Kerana bimbangkan dirinya, saya sering bertanya mengapa dia lambat balik, jawapan yang diterima tak macam dulu, suara mula meninggi, ketakutan mula menguasai diri saya, sebab saya tak tahu dirinya di bawah kuasa dadah jenis apa, saya bimbangkan keselamatan diri dan anak-anak. Manalah tahu kalau dia naik angin, kami bakal menjadi mangsanya pulak.
''Kerana selalu bertanya dia mula mengubah cara tidak lagi balik malam, tetapi keluar pagi dan balik malam. Tetapi bila ada di rumah dia adalah suami yang baik, banyak membantu saya buat kerja rumah seperti mencuci pakaian, melipat, cuci pinggan mangkuk, kalau malam dialah yang bagi susu anak. Lebih baik semasa saya dalam pantang anak kedua, dialah jadi pembantu saya.
''Tetapi selepas habis kerja rumah dia akan keluar dan malam baru balik. Bila ditanya katanya ada kerja, tolong kawan alasannya nak cari sedikit duit paling tidak untuk beli susu anak. Alasannya memang baik membuat mulut saya tertutup.
''Satu lagi tabiat buruknya, sebaik sahaja dia keluar rumah, saya tidak dapat menghubunginya, telefon dia tutup ataupun tidak mahu dijawab. Kalau berlaku sesuatu yang buruk ada kemalangan, kematian, atau apa sahaja saya tidak akan dapat hubunginya, dan dia tidak akan tahu hinggalah dia balik ke rumah malam nanti.
''Puas saya nasihatkan supaya jawab panggilan telefon, tapi dia tidak menjawab. Paling tidak dia beritahu telefon tertinggal dalam kereta, tak terdengar dan macam-macam alasannya.
''Saya telefon hanya untuk memastikan dia tidak terjebak kepada perkara-perkara tak baik, tetapi dia tak peduli. Sebaliknya menganggap saya mengganggu hidupnya. Kerana itu saya dapatkan khidmat Friend Finders melaluinya, saya boleh mengesan ke mana dia pergi dan berapa lama dia berada di satu-satu tempat itu. Kerana kalau tertangkap saya jugak yang susah.
''Perkhidmatan ini tidak memakan belanja yang banyak, saya mampu, dan lebih penting saya boleh tahu sama ada dia berbohong bila memberitahu saya bila balik ke rumah nanti. Selalunya dia memang berbohong. Katanya pergi ke tempat A, tetapi sebenarnya di tempat E. Kadang-kadang dia kata tolong hantar kawan ke B sedangkan dia duduk empat jam di tempat G. Tak pernah satu pun soalan saya dia jawab betul, semuanya bohong belaka.
''Walaupun saya tahu dia berbohong, tetapi saya tak pernah tempelak dia. Saya nak tengok berapa lama dia nak berbohong. Friend Finders tak pernah berbohong, dia akan beritahu lokasi Bad berada dengan tepat. Lengkap dengan masa dan lokasinya secara detail.
''Walaupun kami baru enam tahun berkahwin, tetapi kelakuannya suka berjudi dan mengambil dadah amat menakutkan saya. Saya bimbang barang-barang hiasan dalam rumah kami juga bakal jadi mangsa curi dan gadaiannya satu hari nanti.
''Terbaru saya dapat tahu dia gadaikan barang kemas emaknya alasannya dia terpaksa kerana nak beli susu anak kami yang baru lahir. Sedangkan saya tak tahu hal tersebut, hinggalah satu hari adiknya datang bercerita. Mana muka saya nak sorok.
''Kini, saya tak tahu apa harus saya lakukan, nak tanya berdepan dan berterus terang saya takut tindakan aggeresifnya yang dikawal dadah tu. Saya juga takut dia terlibat dengan sindiket haram seperti dadah atau perempuan. Kerana saya tahu dia mungkin ada duit kerana mampu beli nombor ekor lebih seratus ringgit sehari. Tetapi dalam masa yang sama dia masih mengambil duit saya bila terluang.
''Saya luahkan perasaan hati saya ini kerana ingin mendapatkan pandangan pembaca apa patut saya lakukan, nak tunggu dia tinggalkan dadah tak mungkin terjadi, kalau nak suruh saya bersabar berapa lama lagi? Saya tak mahu anak-anak dan saya menjadi mangsanya".

23 comments:

Anonymous said...

hantar la suami puan ke persada sungai besi .. beri kata 2 kepadanya tinggalkan dadah atau puan boleh minta fasakh ... buatlah yg terbaik untuk diri sendiri tidak perlu berkorban kerana dia mmg x akan menghargai .. saya senasib dgn puan .. suami sy di persada sekarang .. peluang terakhir untuk dia memulihkan diri ..

Anonymous said...

saya juga senasib dengan puan, anak baru seorang, umur 6 tahun..sikap suami saya sma seperti suami puan...dan sekarang syaa mengambil keputusan untuk berpisah atas persetujuan bersama..suami tidak rasa bersalah kerana sentiasa menganggap dia betul..menunggu pun boleh tapi fasakh pun boleh, pilih mana yang akan lebih mendekatkan diri pada sang pencipta...

Anonymous said...

Semlm sy baru putus dgn teman lelaki. Mmg sedih, tp jauh dilubuk hati sy bsyukur. Dia menagih ice, yg mybbkan fikiran dan tindakannya tidak menentu (katanya sbb kerja dia yg memaksa dia bjaga tgh2 mlm, dia tpaksa ambik). Dia juga cashier judi di mana dia turut sama bjudi, bkemungkinan besar dia turut bniaga benda haram tu. Bsama dia, sy rasa sy ni teruk sbb sikap dia yg suka psiko sedangkan sy seorg yg cemerlang dan disenangi rakan2 dan ketua di tempat kerja. Sy sebenarnya agak risau jika betul kami ada jodoh, bagaimanakah masa depan kami. Setiap kali bkesempatan bertahajjud sy doakan agar Allah jauhkan kami jika dia memudaratkn dan sebaliknya. Sy masih sedih sbb kehilangan dia, tp sy berpegang, TIDAK SEMUA YG KITA SUKA ITU BAIK UTK KITA. Sy doakan puan2 semua tenang dan tabah. :)

Anonymous said...

saye juge senasib ngn puan..sye nmpk 'dapur' time tu sye da b.tunang ngn suami..mse tu sye xtau ape bnde tu sehingga sye b.kahwin 6 bln dan sye nmpk sepupu sye ambil bnde tu bru sye tau suami sye p.nagih ice..ble blik kg sye akn check brang yg ade dlm puch beg nye sye pnh t.jmpe pil wrne merah iaitu pil kuda..asl tgh bln msti mintk duit sye alasan moto la blnje lh rupenye nk bli bnde tu..da 2 kli sye jmpe bnde tu dlm beg kerje die..lme kelamaan k.percayaan sye pudar rase syg kian tawar..sye da xtau nk bt ape..m.gadu ngn pak mertua mcm xambil serius..nk gaduh sye da pnt..nafkah yg len2 kdng bgi kdng x..sye xtau ape nsib sye pas ni..

Fenniehenry said...

Husband sy bekas penagih tpi sejak kebelakangan INI sy rasa spt x sng hati dgn perubahan dia yg kdg x tidur 2 hari tidur pun x sampai 2 jam .. Selalu kluar mlm plg pagi pagi alasan p hutan memburu dgn teman teman tpi hti INI x sng.. Kdg husband pndai mrh tnpa musabab yg penting.. Kmi dah ada 3 org anak.. Even sblm ni trajedi yg mnimpa amat sakit BG sy.. Sy masi maw beri peluang dgn husband utk berubah..tpi sy da beri amaran kpd laki sy if dia buat lagi sy dgn muktamad akn tinggalkn dia.

no name said...

Saya lagi sedih dari perkahwinan yg pertama menjadi isteri kedua kemudian bercerai dan suami sekarang rupanya penagih ice, ganja.. Rokok dan vape da tak ade fun dlm hidup dia..Saya pun sama nasib seperti awak. Segala kewangan saya yg tanggung... Dia seorang yg malas... Keja semua nak yang senang di mata... Bila minta cerai.. Di katakan saya punca berkawin ngn janda sedangkan dia da bertunang sebelum tu... Saya di salah kan... Dia memang pandai berkata2 buat kita yg jadi pesalah... Nasib saya sekarang ibarat keluar mulut buaya masuk mulut harimau... Saya sedang usaha untuk mencari jalan keluar Dari hidup dia...

no name said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

As salam.saya nak tanya puan.baru2 ini saya ada jumpa tiub kaca dengan gunting dan botol dalam beg suami.saya ada tanya dia benda itu untuk apa tapi dia kata untuk kerja.kalau masuk dalam toilet berjam2. Lepas tu 3 kali masuk toilet dlm semalam tu.lama pula tu.adakah tandanya suami saya ambil dadah ice.duit selalu hbs cepat.tolong saya.dia selalu bohong.hati ini dah makin benci dengan dia.

Unknown said...

Ya msuk bilik air bjam2 kaca botol gunting itu semua barang penagih. Dan saya juga senasib... Sudah 3 tahun bersabar. Semoga allah berikan petunjuk yang baik utk suami suami kita yang sedang diduga dgn duniawi.

Anonymous said...

bila berhadapan dgn suami macam ni hati memang sakit...saya pun tak sangka suami saya macam ni...die tak pukul saya...tapi die jadi pemarah...kalu kite tgur..semua perkataan keluar..saya rasa die ambil secara konsisten dan bila dtg hari jumaat die akan keluar dan balik pagi esoknya...memang lepas balik dia akan memerap dalam bilik..melayan henfon dan lagu2 di youtube...saya pun pernah tangkap die tengok video lucah...bnyak kali saya sabar..saya rasa nk tuntut fasakh...macam dah rak nak harungi life macam ni..hidup saya pula jadi berserabut

Anonymous said...

bila berhadapan dgn suami macam ni hati memang sakit...saya pun tak sangka suami saya macam ni...die tak pukul saya...tapi die jadi pemarah...kalu kite tgur..semua perkataan keluar..saya rasa die ambil secara konsisten dan bila dtg hari jumaat die akan keluar dan balik pagi esoknya...memang lepas balik dia akan memerap dalam bilik..melayan henfon dan lagu2 di youtube...saya pun pernah tangkap die tengok video lucah...bnyak kali saya sabar..saya rasa nk tuntut fasakh...macam dah rak nak harungi life macam ni..hidup saya pula jadi berserabut

Anonymous said...

Saya Ada Seorang tunang Ini Saya. Tak tau larat belakang family Dia Ini tapi Saya Ada Bantu Dia untuk buat rumah family Dia banyak rasia Pasal keluarga Dia tapi sya Tak sangka Abang kandung Dia Ini hisap ice Saya pun Mula syak cara Dia dah banyak berubah sebelum Ini tunang sya Tak mcm Ini Saya pun Pasal kamera Kat bilik Dia rupanya Dia dan Abang Dia hisap ice Lepas itu bleh bersetubuh Tak Malu Abang sendiri pun Sanggup main Adik kandung Sebab Abang belanja barang setan Saya Sedih Lepas itu Saya Tak Lagi berhubung dengan Dia orang Macam Ini memang susah nak ubah biar lah Kita redha je Dia Lebih penting benda Ini Dari orang Yang Dia cintai

Unknown said...

Aah ambk ice tu.. abg saya mcm tu la

siti said...

Saya pon sama suami saya penagih jugak..baru2 ni tambah lagi 1hobi perempuan pulak...kami dah cerai.tapi rujuk balik pasal saya x sampai hati bagi dia hanyut...la dia tegah berubat utk berubah tapi saya tak tahu lah betul ka dah berubah ke tak...la saya banyak doa yg abaik baik ja...

siti said...

Saya pon sama suami saya penagih jugak..baru2 ni tambah lagi 1hobi perempuan pulak...kami dah cerai.tapi rujuk balik pasal saya x sampai hati bagi dia hanyut...la dia tegah berubat utk berubah tapi saya tak tahu lah betul ka dah berubah ke tak...la saya banyak doa yg abaik baik ja...

siti said...

Saya pon sama suami saya penagih jugak..baru2 ni tambah lagi 1hobi perempuan pulak...kami dah cerai.tapi rujuk balik pasal saya x sampai hati bagi dia hanyut...la dia tegah berubat utk berubah tapi saya tak tahu lah betul ka dah berubah ke tak...la saya banyak doa yg abaik baik ja...

Anonymous said...

Suami sy penagih ganja..Saya pejam mata je sebab sy boleh terima lagi sebab ganja tu tumbuhan kan..Suami sy tak pernah abai tanggungjawab, kerja okay, blaja degree, balik kerja masak semua okay.. tapi sejak dua menjak ni, kat kampung saya, dia dah rapat dengan seorang saudara belah saya, lelaki tu juga menantu dlm keluarga, saya cek hp suami, ya Allah mcm behenti jantung baca saudara tu ajak husband sy hisap ice.Ya Allah sejak haritu memang sy benci lelaki tu..Saya tak suka kalau dia dtg rumah mak sy..Saya akan balik kampung tiap minggu..Kdg2 nak ckp dekat suami, kalau mcmni gayanye takpayahla balik kg..Saya rasa mcm nak cerai, Sumpah.. tapi kami ada anak, lelaki tu pun ada anak..Ya Allah sampai sekarang sy tak tau nak react macamana..Hanya doa jadi tempat say meluah perasaan..Mohon kalian yg membaca doakan suami sy berubah ye..Sedihnya tak terkata..Saya sejak tau hal ni, saya memang selalu moody, balik kerja tgok muka dia mcm benci sgt..Dia ingat saya bodoh ke?? Nak pura2 mcm takde pape..Ya Allah tolongla..Moga Allah bukak pintu hidayah untuk suami saya dan suami kalian juga ye..InsyaAllah..Selagi bertahan kita bertahan ye..Dugaan kita di dunia ni..Moga Allah ganti yg lebih baik akan datang..:'(

Anonymous said...

Kesaksian singkat ini dapat membantu Anda atau seseorang yang dekat dengan Anda. HARAP BACA

Nama saya Louisa, saya ingin memberi tahu dunia bagaimana Dr Kavi menyelamatkan pernikahan. marrigae saya hampir roboh. Saya menikah selama sebelas tahun tanpa seorang anak dan Anda tahu apa artinya menikah selama dua tahun tanpa seorang anak, tetapi saya berusia sebelas tahun, sehingga Anda dapat membayangkan tekanan yang dapat datang dari seorang ibu mertua pada saat itu. Ibu mertuaku membuat perkawinanku menjadi kacau untukku, meskipun suamiku sangat pengertian karena dokter keluarga kami telah memberi tahu kami bahwa tidak ada yang salah dengan kami berdua. Tetapi berapa lama seseorang dapat siap untuk memahami dan menunggu waktu Tuhan? Saya sangat khawatir sampai seorang teman saya memberi tahu saya tentang seorang pria yang ditemuinya yang membantunya mengakhiri ketidaksopanannya,

 Tetapi saya tidak pernah percaya pada spiritualis ini. Tetapi setelah banyak tekanan dari teman saya, saya memutuskan untuk menghubungi DR Kavi dan memberi tahu dia tentang ketidakberadaan anak saya. Yang dilakukan pria hebat ini adalah mengajukan beberapa pertanyaan penting dan memberi tahu saya beberapa hal penting yang diperlukan untuk membuat saya memiliki anak-anak dalam kehidupan. Saya melakukan semua yang diminta untuk melakukan dan menyimpan semua instruksi ..

setelah 2 minggu saya dikonfirmasi hamil. Semua berkat Dr Kavi

 Saya tahu apa artinya menjadi tanpa anak, jadi saya menggunakan media ini untuk membagikan kesaksian saya kepada Anda sehingga Anda juga dapat menghubungi Dr Kavi hari ini di salah satu masalah berikut ini

* Anda ingin mantan Anda kembali.

* Dipromosikan di kantornya

* Ingin kaya.

* Anda ingin menjaga suami / istri Anda menjadi miliknya sendiri selamanya.

* Apakah Anda akan mengendalikan pernikahan itu

* Apakah Anda ingin tertarik pada orang

* End Childlessness

* obat untuk penyakit apa saja.

Hubungi DR Kavi hari ini dan terima kasih nanti. Email: godkavi01@gmail.com

Anonymous said...

MEMAKANKAN BAGAIMANA MENDAPATKAN SUAMI EX ATAU KEMAHIRAN EKAT? RAHARI LEBIH LANJUT DI SINI ADALAH PELUANG ANDA ANDA EMAIL YAKAYATEMPLE@GMAIL.COM ATAU PANGGIL +2347050270227 Saya GOT MINYAK DENGAN SPELL LOVE SANGAT KUASA.

Anonymous said...

Suami saya juga seorang penagih pil kuda dan ice. Walaupun dia baik tapi saya benci dia. Benci sangat sangat sebab dia tipu saya dan hancurkan kepercayaan saya.

Unknown said...

Malang sungguh,xtau nak kata apa,

Unknown said...

Confirmed, ice

Anonymous said...

Penagih dadah memang pandai berbohong and they will play victim. Ayat selalu drg pakai is drg sampah masyarakat la n mcm crita sedih....nasihat sesiapa yg tk involve relationship dngn penagih jgn lah sekali2 hantar hidup korang merana nnti hidup ko