Saturday, January 3, 2009

Memori luka kerana ibu pilih kasih

Minggu ini kita ikuti pula cerita Azharuddin yang tidak kurang menariknya untuk perhatian kaum wanita yang bakal jadi mertua.
''Setiap minggu saya membaca kisah-kisah yang dipaparkan dalam ruangan tersebut bermula dari mengikut hobi isteri, lama kelamaan saya menjadi peminat setia pula. Dan setelah lama menjadi pengikut, maka timbul pula keinginan di hati ini untuk turut berkongsi cerita dan pengalaman hidup saya dengan para pembaca.
''Terlebih dahulu, elok rasanya kalau saya ceritakan serba sedikit latar belakang diri saya. Saya lulusan universiti tempatan berusia menjangkau 30 tahun, begitu juga dengan isteri saya, kami berdua kakitangan kerajaan, hingga kini sudah hampir lima tahun berumahtangga tetapi masih belum diberikan rezeki oleh-Nya lagi untuk mempunyai cahayamata.
''Cerita saya bukan fasal poligami, bercinta sepejabat atau masalah rumah tangga, tetapi tentang masalah kami suami isteri menghadapi ibu dan kakak saya yang sering membuat kami makan hati berulam jantung dan berkecil hati.
''Saya anak ketiga daripada lima beradik. Saya ada dua orang kakak yang sudah berkahwin dan dua orang adik lelaki seorang sudah bekerja sementara seorang lagi masih belajar. Ibu saya ibu tunggal yang kematian suami 16 tahun lalu. Ketika itu kami masih lagi di bangku sekolah.
''Adik yang bongsu ketika itu belum pun berumur setahun. Kakak yang sulung baru saja menduduki SPM. Saya sendiri ketika itu dalam tingkatan dua. Memang hidup kami amat susah ketika itu. Makan hanya seadanya. Kadang ada juga bantuan dihulurkan oleh jiran. Maklumlah kami tinggal di kampung. Jadi sudah tentu semangat kejiranan masih menebal dan utuh. Tambahan pula, jiran itu saudara mara kami sendiri.
''Setelah kematian suami, ibu tidak pernah berkahwin lagi sehingga kini. Tumpuannya hanya membesarkan anak-anak dan menyekolahkan kami. Pun begitu, ibu saya tidak pernah bekerja. Mujur ada seorang bapa saudara kami yang kehidupannya agak senang sikit dan berjawatan, jadi beliaulah yang banyak membantu kami adik-beradik.
''Kami agak bertuah selepas kematian ayah ibu dapat duit Perkeso setiap bulan sehingga adik berumur 18 tahun. Bantuan itu pasti meringankan beban ibu, walaupun jumlahnya tidaklah seberapa, tetapi kerana kami tinggal di kampung, jumlah itu memang banyak membantu.
''Bila kami semakin membesar, nenek pula meninggal dunia. Oleh kerana nenek ada sebidang tanah yang luasnya tak seberapa, adik beradik ibu mencadangkan menjualnya dan hasilnya diberikan kepada anak-anak. Jadi dengan duit yang diwarisi, ibu buatkan rumah sewa dekat rumah kami. Jadi bertambahlah pendapatan ibu, walaupun jumlahnya taklah sebanyak mana seperti orang bandar yang ada rumah sewa. Tapi cukup untuk menampung hidup ibu.
''Itu sedikit sebanyak latar belakang ibu. Tentang adik-beradik saya pula, tidak dinafikan kakak sulung banyak memberi perhatian kepada kami berbanding kakak kedua . Sebab itu hubungan ibu dengan kak long amat rapat, mereka boleh tergelak bersama, berkongsi cerita bersama dan membuat aktiviti yang sama. Ibu juga banyak mendengar nasihat Kak Long. Mungkin kerana Kak Long pandai mengambil hatinya, tidak melawan, membantah dan mengikut setiap kehendak ibu. Berbanding anak-anak yang lain.
''Tapi ibu seorang yang cerewet, suka mengeluh, serba tak kena, suka mengumpat, suka mengungkit dan paling teruk melaga-lagakan kami adik-beradik. Teruk! Ibu juga suka bermuka-muka. Bermanis muka cuma di depan, tapi bila di belakang ibu tak pernah setuju dengan apa yang dipersetujukannya. Sebab itu, beberapa bulan sebelum berkahwin saya sudah mencari rumah sewa kerana saya bimbang isteri saya akan makan hati dengan sikap ibu.
''Lagi teruk ibu mengamalkan sikap pilih kasih terhadap anak-anaknya. Kak Long dan adik lelaki saya adalah anak kesayangannya. Segala kehendaknya tak pernah ibu bantah.
''Semasa kecil dulu saya boleh faham kerana sebagai abang sudah tentu saya perlu banyak mengalah kepada adik-adik. Tapi hingga saya dewasa pun ibu saya bersikap begitu juga. Mana boleh tahan! Boleh dikatakan setiap kali saya datang menziarahinya, ibu akan mengeluh tentang wang. Katanya duit tak cukup untuk sekolah adik. Sedangkan setiap bulan saya hantar duit pada ibu dan bagi duit poket untuk adik, tapi ibu masih kata tak cukup.
''Sedangkan apa yang saya lihat handphone adik-adik saya jauh lebih canggih daripada hand phone saya. Ini yang saya tak faham bila ibu kata tak berduit. Saya nasihatkan mereka supaya jangan membazir beli benda-benda tak perlu. Sepatutnya mereka tumpukan perhatian kepada belajar.
''Kak Long pula lain perangainya, suka menghasut. Dua minggu lepas kahwin dia menceritakan keburukan perangai saya kepada isteri saya, mungkin dia mahu isteri saya tahu 'warna' saya sebenarnya. Saya rasa itu tak perlu, apa faedahnya? Perangai suaminya lebih teruk, dia suka tengking saya macam budak hingusan, perangainya saya perhatikan sejak kali pertama dia berhari raya di rumah kami selepas berkahwin. Entah apa yang Kak Long burukkan saya kepadanya, tak tahulah.Hinggakan dia bencikan saya.
''Kak Long pula simpan perangai dendam kepada saya bermula ketika kami nak pulang berhari raya ke kampung selepas kahwin dahulu. Saya beraya ke rumah mertua dahulu di selatan, lepas tu nak ke utara saya tidur di rumah kami dulu maklum jauh kami perlu rehat. Tetapi Kak Long tak suka, dia suruh saya terus balik ke kampung.
''Saya jelaskan kepada Kak Long, tetapi dia tak boleh terima alasan kami, suaminya masuk campur dengan menengking saya di telefon, katanya kalau dekat dia nak tampar saya. Isteri saya turut kena tempias kemarahannya dalam SMS. Memang pedas dan berapi marahnya.
''Kecewa dan sedihnya kami ketika itu hanya Allah saja yang tahu. Hari raya yang sepatutnya kami bergembira jadi sebaliknya. Isteri saya asyik menangis sebab ketakutan, terkejut kerana tidak menyangka sikap kakak serta abang ipar saya seperti itu.
''Memang benarlah kata orang 'memaafkan kesalahan orang yang pernah menyakitkan hati kita lebih mudah dari melupakannya. Sehingga kini, peristiwa tersebut masih segar dalam ingatan kami dan tak mungkin kami lupa sampai bila-bia. Sejak peristiwa tersebut juga, hubungan kami dengan Kak Long dan abang ipar menjadi agak renggang dan dingin. Dan sekarang baru kami sedar semuanya berpunca dari sikap ibu saya yang melaga-lagakan kami adik-beradik.
''Punca itu timbul kerana ibu tidak puas hati kerana saya berhariraya di kampung isteri dulu. Selepas peristiwa itu, dua tahun berturut kami berhari raya di rumah ibu bukan bergilir ke rumah mertua saya, sebab nak jaga hati ibu. Sedangkan kakak kakak saya beraya di rumah mertua mereka, tidak pula jadi masalah pada ibu.
''Sejak peristiwa itu, setiap kali raya, saya akan cuba menggembirakan hati ibu dengan membelikannya hadiah yang disukainya. Sejak itu muka ibu tak masam lagi. Nampaknya hanya wang ringgit mampu membuat ibu tersenyum setiap kali kami balik kampung.
''Namun itu tak bermakna saya tak bagi ibu duit, setiap bulan saya hantar duit kepadanya. Sebaliknya kakak-kakak dan adik lelaki saya tak pernah bagi ibu duit. Malah adik lelaki saya yang duduk serumah dengan ibu pun tak pernah bagi ibu duit apa lagi membayar bil-bil elektrik, air, mahupun Astro tapi ibu tak pernah merungut minta bantuan duit, berbeza ketika saya tinggal dengan ibu semasa bujang dulu, semuanya ibu suruh saya bayar, walaupun gaji bulanan saya tak seberapa. Dan jelaslah ibu lebih sayangkan Kak Long dan dua orang anak lelakinya yang lain.
''Meski pun kami dilihat tidak mempunyai masalah besar sebab masih tidak mempunyai anak, tetapi tahukah mereka berapa banyak bil perubatan terpaksa kami keluarkan untuk menampung rawatan kami berdua yang tak putus-putus mengharapkan mendapat anak.
''Mungkin kerana kami tidak pernah menceritakan masalah kami kepada keluarga, kerana bagi kami itu urusan peribadi, tapi mereka boleh sewenang-wenangnya melepaskan segala tanggungjawab kepada kami.
''Tak lama lagi adik lelaki saya akan berkahwin, ibu mengeluarkan banyak duit untuk persiapan perkahwinan dan belanja kenduri kahwin seperti bilik pengantin, hantaran, pelamin dan macam-macam lagi, sedangkan ketika saya berkahwin dahulu, kata ibu dia tak ada duit, kalau nak buat kenduri saya mesti keluarkan duit belanja, kalau tidak dia tak buat apa-apa. Saya terpaksa meminjam duit kawan untuk buat kenduri kecil sahaja, tak macam persiapan yang ibu buat untuk perkahwinan adik lelaki saya ini. Hebat!
''Saya lihat ibu dari awal dah sibuk membuat tempahan kelambu bilik pengantin, pelamin, set perabut baru, bunga telur istimewa, pendek kata serba baru dan teratur. Melihatkan ini semua membuatkan saya kecil hati. Entahlah! bila ditenung kembali sikap ibu terhadap saya, mahu tak mahu ia telah meninggalkan terlalu banyak memori luka dalam hidup saya.''
Demikian cerita Azaharuddin ketika mengingatkan hidupnya yang terpinggir berbanding adik beradiknya. Kerana itu juga dia berasa jauh hati terhadap sikap dan layanan ibunya kepadanya. Semuanya serba salah dan tidak dipedulikan. Apa salahnya?
Bukan semua ibu bersikap pilih kasih, kadang-kadang kenakalan, sikap dan perbuatan anak sendiri membuatkan dia lebih diperhatikan oleh ibu bapa. Namun tidak dinafikan ada ibu yang bersikap sama seperti apa yang diperkatakan oleh Azharuddin. Sebagai ibu beliau sepatutnya disedarkan secara perlahan-lahan dan berhati-hati, supaya tak memalukannya.
Namun setiap ibu ada kelebihan tersendiri yang disediakan oleh Allah, terutama jika ada anak-anak yang menjaga, memelihara ibunya ketika tua dan sakitnya sudah pasti dia mendapat bonus dan dividen yang banyak di akhirat kelak. Malah ketika di dunia lagi mereka boleh lihat keberkatan yang diberikan oleh Allah. Jadi sayangilah ibu anda semasa hayatnya masih ada.

20 comments:

Anonymous said...

saya pun macamtu jg.. saya faham perasaan dgn ibu pilih kasih.. saya 2 beradik, saya yg sulung. Ibu pilih kasih terlalu memanjakan adik lelaki. Dibelikan motor dan bertukar ganti, pendek kata semua yg adik nak, hanya petik jari sahaja. Manakala saya dari sekolah, semua dibeli sendiri termasuk baju, kasut, beg dan lain-lain. ibu hanya membelikan baju raya setahun sekali sahaja, berbeza dgn adik, semuanya ditanggung.. malahan, rumah dan kereta semua diletak nama adik. walhal, saya ini walaupun anak perempuan tetapi tidak mendapat apa-apa keistimewaan sedangkan saya ini pelajar cemerlang dgn pencapaian akademik yg dikira hebat dan sedang menyambung PHD dalam usia semuda 23 tahun. Padahal adik saya itu, sangat teruk dlm pelajaran, byk yg tidak lulus, selalu menengking bila bercakap dgn org tua, tidak pernah hormat saya malahan selalu memaki saya, walaupun dihadapan orang, berkawan dgn mat rempit dan selalu balik rumah lewat malam hingga jam 2,3 pagi, kadang2 5pagi.. tetapi, itulah anak kesayangan ibu saya..

Anonymous said...

"Memori luka kerana ibu pilih kasih"

Ciri ciri ibunya - sama macam ibu saya. saya senang membaca artikel tu...nyata sekali Saya tidak kesaorangan dalam mengharungi hal yang sedemikian. Bagi anak yang terpinggir - sedih dan luka hatinya tak terbilang. Namun saya tetap ingat keistimewaan yang telah Allah berikan kepada wanita yang bergelar "ibu". Saya sedang belajar mengubat hati yang sering terluka. Saya yakin ada rahmat disetiap apa yang berlaku. Seringnya anak anak yang terpinggir lebih cemerlang dan lebih berdikari... itu bonus kan!! :)....Su

Anonymous said...

ya, saya setuju anak yg sering terluka perasaannya mempunyai IQ yg tinggi, mgkin kerana telah biasa berdikari dan berdiri atas kaki sendiri. Mgkin jg, kerana hidupnya sunyi, buku adalah teman setia mereka. tetapi, bagaimana anda mengubati hati yg luka sendiri?

nabn said...
This comment has been removed by the author.
nabn said...

ibu adalah segala2nya... tp bila baca artikel ni mmg betul...sy pn kerap makan hati dgn sikap ibu... kdg2 terfikir sy ni bukan anak dia ke... dia terlalu sygkan anak lelaki sulungnya.. apa2 pn anak kesayangannya buat tak jadi masalah... klu sy salah ckp sikit dia ungkit2 kesalahan saya.. saya sgt terasa hati... apa blh buat sy hnya seorg anak... sy berdoa spya tak jadi ibu yg mcm tu...

Su said...

Saya mengubati luka hati dengan memperbanyakkan zikir.. tak kira dimana saya berada. Didalam bas, sewaktu menunggu teman.... dimana ada kesempatan.

Juga pesanan Dato Fadzilah Kamsah yang menyatakan, sebelum kita tidur ampunkan semua orang. Insya Allah keesokan harinya kita akan merasa tenang... Amalan ini sangat berkesan. Bila hati kita tenang, ketenangan itu akan terbit diwajah kita. Cubalah....

Tapi saya ni pon manusia biasa....banyak kali terlupa

su said...

Pada Anonymous...

Memang tepat pandangan anda. Buku menjadi teman setia. Sehingga kehari ini saya sangat gemar membaca... :)

hati sedih said...

bila membaca baca kisah ibubapa yang pilih kasih saya jadi hiba sangat. ibu saya sangat menyayangi anak lelaki nya sahaja manakala anak perempuan selalu menjadi mangsa ibu... kami ada 4 beradik perempuan sangat2 dipinggirkan sehinggakan, menjadi tempat untuk ibu melepaskan marah, tuduhan yang perlbagai daripada kami kecil sehinga kami dewasa, bila anak lelakinya buat angkara anak perempuan tempat ibu melepas rasa, kami pernah tidah ditegur ibu yakni bertegur sapa berbulan bulan lama dia tak nak bercakap kiranya kami buat salah atau dia yang selalu serkap jarang buat tiuduhan yang melulu. Ayah.... selalu akan ikut sahaja cakap ibu... tak pernah membela kami... saya rasa sedih untuk mengharungi hidup ini semoga Allah memberi saya kekuatan dan kesabaran

Unknown said...

Sama la mcm saya pon mak saya lebih sayngkan abng daripada saya.nk motor dapat nk telefon asus zenfone dpt semua boleh klau saya jgn hrpla dia nk beli lps tu dia suka mengumpat saya dengan abg dan cerita hal buruk saya dengan jiran2

awan said...

assalamualaikum, byk byk kan bersabar, tu dugan yg Allah bg dkt kita, banyakkan beristifar, dulu saya pn mcm tu, sering jd mangsa keadaan, segala apa yg sya buat u ibu bapa sya lnsung x terkesan, sedangkan yg lain dimanja ,disayang, smpai sya dihalau kerana benda yg saya x buat, sehelai sepinggang, tuhan je yg tahu perasan sy wktu tu, tp Allah tu kn maha besa rsja segala sesuatu di muka bumi, 4 hri tdur bwh jmbatan, rezeki yg sy x pnah jangka , mmg luar dri jangkaan sya, skarang sya dah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 3 org cahaya mata, sya jarang2 balik kmpg , ssusah nk lupakan tp sy dah maafkan dunia akhirat, segala kecukupan diorng sya penuhi, hrap ibu bpa di luar sana jgn lah membenci anak kandung anda sndri, sbab kita x thu apa yg jd di masa akn dtg, semua tu rahsia Allah.

Anonymous said...

aku pun lalui benda yg sama..sedih dan pedih bila ibu sendiri yg melakukan sikap ini terhadap kita..walhal ibulah yg kandungkan dan melahirkan kita...tapi ini kah layanan yg kita dapat...Entahlah....sampai bila lah ibu nak layan kita mcm ni...segala kebaikan kita semuanya xnmpk...yg nampak hnyalh kesalahan kesalahan...apakah ibu xrasa bersalah @ xde sedikit penyesalan bila ibu bersikap sedemikian...apakah tiada sedikitpun kasih syg ibu pada aku...sedangkan aku ni ank dia jugak...Aku xtahulah sampai bila Ibu nak berubah...Cuma Aku harap satu hari nt ibu akan berubah jugak..tapi sampai bila...hanya Allah jelh yg Mengetahui

Yatisweet said...

Assalamualaikum... saya juga antara anak bukan kesayangan mak.. sedih bila mak tak jaga hati tapi kalau anak kesayangan bukan main mak jaga... saya pernah dimalukan dpn mak saudara.. dimalukan dpn kawan.. jiran2.. sebagai anak apa saya boleh buat.. saya juga yg mengalah dan mohon kemaafan.. cuma tidak utk kali ini.. saya tak bersalah.. anak kesayangan mak yg mulakan.. tapi mak tetap kata saya yg mulakan... mesej mak di dlm whatsapp group family cukup buat saya malu .. sedih nya hati hanya tuhan yg tahu.. mak kata tak pilih kasih itu hanya dibibir tapi tak sama seperti yg dizahirkan.. saya call mak tak jawap.. saya mesej mak tak balas.. tapi dlm whatsapp group family mak boleh pulak hantar mesej.. bergembira dgn adik beradik yg lain.. takan saya nak mesej dlm whatsapp group family.. cukuplah saya dimalukan.. saya hanya membaca dan melihat kegembiraan mak.. mak dah lupa kot yang saya ni masih wujud.. nasib baik saya tak kena remove.. bila agaknya mak nak dtg pujuk.. rumah saya bukan jauh pun.. bukan saya tak nak dtg rmh mak tapi saya nak tgk sejauh mana kasih sayang mak pada saya.. kalau anak kesayangan mak pujuk terus.. tapi anak mak ni dah seminggu berlalu.. mak tak dtg pun pujuk.. bukan kata dtg.. tel pun tak.. anak mak ni dibuang terus.. paling sedih kakak yg saya harap utk pujuk mak pun menyalahkan saya.. siap ckp ko mesti dtg perkahwinan adik jgn buat malu mak.. jgn harap mak nak pujuk ko.. salah ke nak perhatian mak.. bukan nak duit mak.. mak x pernah keluar duit utk anak mak ni.. anak mak ni yg bg duit.. anak mak ni yg usaha penuhkan apa kemahuan mak selama ni.. tapi kenapa anak mak ni yg dikerah.. tapi anak kesayangan mak dpt segala2 nya.. mak kata tak de duit.. tapi anak kesayangan mak belikan gelang emas.. kereta..siap ckp lg rmh mak ni bg pada anak kesayangan mak.. kesian saya kan.. sekarang saya hanya menunggu kemaafan dari mak.. mak dtg pujuk ye... saya tunggu... kalau arwah ayah ada tentu lama dah ayah dtg pujuk kan... rindu pada ayah... al fatihah buat ayah...

Yatisweet said...

Assalamualaikum... saya juga antara anak bukan kesayangan mak.. sedih bila mak tak jaga hati tapi kalau anak kesayangan bukan main mak jaga... saya pernah dimalukan dpn mak saudara.. dimalukan dpn kawan.. jiran2.. sebagai anak apa saya boleh buat.. saya juga yg mengalah dan mohon kemaafan.. cuma tidak utk kali ini.. saya tak bersalah.. anak kesayangan mak yg mulakan.. tapi mak tetap kata saya yg mulakan... mesej mak di dlm whatsapp group family cukup buat saya malu .. sedih nya hati hanya tuhan yg tahu.. mak kata tak pilih kasih itu hanya dibibir tapi tak sama seperti yg dizahirkan.. saya call mak tak jawap.. saya mesej mak tak balas.. tapi dlm whatsapp group family mak boleh pulak hantar mesej.. bergembira dgn adik beradik yg lain.. takan saya nak mesej dlm whatsapp group family.. cukuplah saya dimalukan.. saya hanya membaca dan melihat kegembiraan mak.. mak dah lupa kot yang saya ni masih wujud.. nasib baik saya tak kena remove.. bila agaknya mak nak dtg pujuk.. rumah saya bukan jauh pun.. bukan saya tak nak dtg rmh mak tapi saya nak tgk sejauh mana kasih sayang mak pada saya.. kalau anak kesayangan mak pujuk terus.. tapi anak mak ni dah seminggu berlalu.. mak tak dtg pun pujuk.. bukan kata dtg.. tel pun tak.. anak mak ni dibuang terus.. paling sedih kakak yg saya harap utk pujuk mak pun menyalahkan saya.. siap ckp ko mesti dtg perkahwinan adik jgn buat malu mak.. jgn harap mak nak pujuk ko.. salah ke nak perhatian mak.. bukan nak duit mak.. mak x pernah keluar duit utk anak mak ni.. anak mak ni yg bg duit.. anak mak ni yg usaha penuhkan apa kemahuan mak selama ni.. tapi kenapa anak mak ni yg dikerah.. tapi anak kesayangan mak dpt segala2 nya.. mak kata tak de duit.. tapi anak kesayangan mak belikan gelang emas.. kereta..siap ckp lg rmh mak ni bg pada anak kesayangan mak.. kesian saya kan.. sekarang saya hanya menunggu kemaafan dari mak.. mak dtg pujuk ye... saya tunggu... kalau arwah ayah ada tentu lama dah ayah dtg pujuk kan... rindu pada ayah... al fatihah buat ayah...

mekkra said...

Hurmm saye pun same dari kecik sampai sekarang mak selalu tumpukan perhatian dkt abang saye je ape yg abg saye nak dpt abg nak duit dpt padahal abang saye tu bekerja saye ni yg tak bekerja dn umo masih 16 tahun klau beli baju semua mak sruh gune duit sendiri bukan baju je semua nye kkau teringinkan sesuatu tunggu ade duit baru beli sampaikan saye berfikir saye ni anak kandung die ke bukan kalau korang tanye apa yg saye nak, saye nak kan kasuh sayang seorang ibu itu je taktau dh nk luahkan perasaan dkt spe sebenarnye dari kecik sampai sekarang masih dipendam lagi semuanya sorang''.

mekkra said...

Hurmm saye pun same dari kecik sampai sekarang mak selalu tumpukan perhatian dkt abang saye je ape yg abg saye nak dpt abg nak duit dpt padahal abang saye tu bekerja saye ni yg tak bekerja dn umo masih 16 tahun klau beli baju semua mak sruh gune duit sendiri bukan baju je semua nye kkau teringinkan sesuatu tunggu ade duit baru beli sampaikan saye berfikir saye ni anak kandung die ke bukan kalau korang tanye apa yg saye nak, saye nak kan kasuh sayang seorang ibu itu je taktau dh nk luahkan perasaan dkt spe sebenarnye dari kecik sampai sekarang masih dipendam lagi semuanya sorang''.

#@-sky blue-!!@# said...

saya pun mcm tu juga... Dari kecik sampai da kawin.. Hanya memendam saja.. apa la dosaku... Da cuba yg termampu utk membahagiakan.. Tapi tidak juga dipandang.. Hanya mampu berserah dan berdoa...

amyrah...... said...

nampaknya ramai rakan di luar sana yang mengalami nasib seperti saya....rasa terkilan dengan sikap ibu menyebabkan saya rasa sangat kecil hati...ibu jarang berbual mesra dengan saya apatah lagi untuk bercerita dan bergurau senda...perasaan tersisih sering membelenggu hati...tapi saya diamkan saja....saya tahu memang saya seorang pegawai kerajaan...suami saya bekerja sendiri...kadang-kadang gaji saya tak cukup untuk perbelanjaan kami sekeluarga..saya diamkan saja....pernah minta tolong dengan ibu untuk bantu sedikit dari segi kewangan...tapi ibu kata tak ada duit...tak banyak sikit je...ibu kata tak ada...tapi yang saya rasa terkilan kenapa dengan adik-adik lain boleh pula bagi sampai ribu riban...saya ni bukan anak diakah...pernah terdetik dalam fikiran....dengan suami saya pun ibu tak suka...tapi kalau dengan menantu yang lain siap hidang makan....saya masih boleh sabar....tapi...bila ada apa2 kerja berat contoh nak baiki rumah semua suruh suami...setitik peluh suami yang gugur untuk renovate rumah dia tak pernah bayar...tapi saya dan suami tetap ikhlas... niat kami kalau tak mampu bagi duit dalam jumlah yang banyak...cukuplah dengan membantu dari segi tenaga...untuk membuatkan ibu bahagia dan menerima kami...tapi ibu tetap begitu....sehinggalah satu insiden saya minta tolong untuk bantu bayar kereta arwah ayah utk satu bulan....tapi ibu kata tak ada duit...masa tu saya tengah sesak..mana nak bayar yuran anak..yuran konvo lagi...kereta memang dah gantung 1 bulan lebih...saya cuba juga ikhtiar untuk cari wang bagi bayar kereta tu tapi tak berjaya...sehinggalah tukang tarik kereta datang ke rumah....ibu menyalahkan saya...dan memarahi saya apa guna duit gaji kamu yang banyak tu,...dia tak pernah fikir kah yang saya tanggung bil dekat rumah...makan minum...anak2 lagi..saya diam saja bila dimarahi sebab saya tahu itu memang salah saya...tapi saya dah minta tolong...ibu tak nak bantu dengan alasa tak ada duit...padahal masa tu dia ada bagi duit dengan adik saya untuk belajar driving....bayangkan betapa kecewanya hati sya...tpi alhamdulillah kereta tu tak ditarik...kami dan suami meminjam duit dengan adik2 lain utk sama2 mengeluarkan kereta arwah ayah...hanya ibu saja yang memandang saya seperti anak yang tak guna...mujurlah adik2 saya amat baik dengan saya dan memahami keadaan saya......saya amat bersyukur mendapat adik2 yang penyayang dan menghormati saya sebagai kakak sulung....harapan saya agar suatu hari nanti ibu saya sedar akan kesilapannya...dan saya sebagai anak akan terus berusaha untuk berbakti dan menggembirakannya.....

Anonymous said...

memang sakit bila dibaca , tapi lagi sakit ila benda ni jadi dekat diri sendiri . bayangkan dari kecik kakak saya dipkul mcm2, saya pula dari kecil ibu tak suka.kesalahan yg kecil dibesar-besarkan . adik dan abang pernah juga buat salah tapi tak pernah dipukul , dimaki , dia aibkan . kami anak perempuan , mcm2 dah kena . muka kakak saya sudah pu berparut . ibu klu mrh suka lepaskan geram dkt saya . kesimpulannya disini dia tak boleh nk lipakan kenangan lama dia . bagi dia anak perepmpuan pembawa malang . saya tk pernah pun minta dilahirkan jika dia rasa saya zuriat yg paling sial . senang kata inu lebih sygkan anak lelaki berbanding perempuan.

Farhahzaiedah said...

Saya pun sedeh sbb selalu dipinggirkan oleh ibu, selalu je
abg yg di manja buat baik pun tetap di marah

AbuMurroh said...

Fu bro... Ang buleh tahan lagi dgn mcm tu punya adik bradik... Kira aku respect ang lah .. kakak ang sndri buat ang mcm musuh... Pastu celaka anak haram laki dia plak masuk campur... Eeeii... Ang bleh sabar mmg dasyat.. mybe sbb ang ada keluarga sndiri.. tggungan.. ak rasa kalo ang bujang, mmg sampai mati dia akan igt kalo ang buat dia.. jenis mcm tu jgn diajak bertumbuk ke brkayu ke.. penat ja.. ko pergi kat dia sampai je alah kasi je tangan putus ke , telinga putus ke... Kalo jadi kat aku pkara mcm ni... mmg tu lah aku buat.. sbb aku bujang... Smpai je kau libas, tapi bukan utk bunuh, utk bagi satu luka yg bila dia tgok, sampai mati dia akan igt... Haa... Tpi Sabar yg kuat ada hikmah yg besar.. bagus la bro xamek tndakan drastik ap2..igt anak bini.. tpi kalo sya.. darah msti tumpah.. xpduli darah siapa kluar dlu.. sbb jenis yg tak kacau org nie bahaya kalo org kacau dia...dia buat balik.. suma plan cantik...